Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2025 @ 5:50pm

“Ikhlas & Reda Lepaskan Amar, Tapi Jauh Di Sudut Hati Risau Kalau Umur Tak Panjang”  – Amyra Rosli

Pelakon cantik, Amyra Rosli mengakui hatinya sering dilanda resah memikirkan keselamatan suaminya, Amar Baharin, yang kini menyertai misi berbasikal Kembara Makkah bersama pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Biarpun reda dengan ketentuan Ilahi, Amyra atau nama lengkapnya, Nur Amira Izzati Rosli, 33, tidak menafikan terselit kebimbangan sekiranya takdir menentukan usia perkahwinan mereka tidak panjang.

“Saya reda dan ikhlas lepaskan Amar kerana ini jalan yang dia pilih demi misi yang baik. Tapi dalam hati tetap ada rasa takut, ‘kalau umur tak panjang, macam mana?

“Perasaan itu yang buat saya sebak dan kadang-kadang menangis. Saya cuma mampu berdoa dan berserah pada Allah,” katanya.

Menurut Amyra, meskipun berat hati, dia tetap memberikan sokongan penuh kepada Amar demi menyempurnakan impian berbasikal ke Tanah Suci.

Katanya, aktor Setelah Terlafaznya Akad itu kini berada di Bangkok, Thailand, sebelum meneruskan perjalanan menggunakan penerbangan ke Iran atas faktor keselamatan.

“India dan Pakistan tak dapat dilalui, jadi Amar terpaksa naik kapal terbang ke Iran. Saya risau juga bila fikirkan suasana di sana… jalan sempit, kenderaan laju, banyak kemungkinan.

“Tapi saya cuba kawal emosi. Tak nak terlalu fikir sebab bimbang beri tekanan kepada diri sendiri,” luah Amyra.

Tambah aktres drama rantaian Sekam Di Dada itu, walaupun hampir tiga bulan terpaksa berjauhan, kehadiran keluarga terutama ibu tercinta banyak memberi kekuatan buat dirinya terus tabah.

“Saya selalu ingatkan diri, kalau Amar kuat, saya pun kena kuat. Ibu saya banyak bagi semangat, dia kata, ‘Amar pergi buat perkara baik, menuju ke Baitullah… jangan sedih.’

“Jadi saya cuba kekal positif dan gembira supaya semangat itu sampai kepada Amar juga,” katanya lagi.

Amyra berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Muzik Video lagu berjudul Bulanku oleh Wanns Ahmad di ibu kota pada Khamis.

Ibu anak dua ini turut bersyukur apabila berpeluang bertemu Amar seketika di Hatyai, Thailand baru-baru ini sebelum suaminya meneruskan kayuhan.

“Rancangnya cuma nak jumpa sekejap sebab dia perlu teruskan perjalanan. Tapi Allah izinkan, kami sempat bermalam di Hatyai.

“Saya pergi bersama anak-anak dan ibu bapa. Alhamdulillah, Amar nampak sihat dan ceria. Tak nampak langsung dia letih walaupun dah berkayuh jauh,” ujarnya.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Sebak! Amyra Rosli Doa Misi Kayuhan Ke Makkah Amar Baharin Dipermudahkan -“Berat Hati Melepaskan, Namun Perjalananmu Menuju Cinta Ilahi’

Artikel berkaitan: Berjauhan Selama Tiga Bulan, Amyra Rosli Reda & Sokong Amar Baharin Berkayuh Ke Makkah Menunaikan Umrah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

Trending Fri, 11 Jan 2019

Hampir Dirogol Sebab Salah Masuk Kereta, Girls Out There Kena Extra Careful Okay!

Remaja atau sesiapa sahaja perlu peka terhadap kecuaian diri sendiri. Jangan sampai jadi mangsa!

Featured Tue, 4 Jan 2022

Tular Video Pemandu Lori Langgar Tiga Buah Kereta Dituduh Mabuk, Rupa-Rupanya Sedang Alami Sakit Jantung

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori yang terlibat dengan satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta yang berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin. Seorang wanita yang merakamkan kejadian […]

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Bobby Husaini Pertaruh Debut Filem Pertama, Amerul Affendi & Beto Kusyairy Terajui Libang Libu

Dikenali sebagai pengarah iklan komersial yang sering menghasilkan karya berimpak tinggi, Bobby Husaini bakal tampil dengan filem Libang Libu.

Featured Wed, 29 Sep 2021
Trending Wed, 18 Sep 2019

Is Someone Playing Jumanji Again In Terengganu?

First, tigers and ocra and now a black panther?

error: Content is protected !!