Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2025 @ 1:23pm

[VIDEO] Achey Gadai 48 Biji Motor Demi Kos Rawatan Arwah Ibu – “Ini Bukan Pembaziran! Aku Nak Beri Semua Yang Terbaik Untuk Mak”

“Dulu orang kecoh sebab aku ada 48 biji motosikal, tapi aku ada visi aku tersendiri”.

Demikian luahan hati pelawak Achey apabila mendedahkan dia pernah dituduh membazir selepas membeli 48 biji motosikal.

Katanya menerusi sesi temu bual bersama podcast Sembang Seram, Achey menjelaskan, pembelian itu bukanlah pembaziran sebaliknya pelaburan pada masa hadapan terutamnaya ketika berdepan detik sukar.

Menurutnya, kesemua 48 buah motosikal tersebut akhirnya dijual bagi menampung kos rawatan ibunya, Ngaisah Hassan, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selepas hampir dua tahun bertarung dengan penyakit kanser pankreas.

“Dekat sini aku nak bagitahu, arwah mak aku, ni saya bukan mengungkit tapi ini adalah preparation kepada anak-anak di luar sana, ramai yang bagitahu ‘beringatlah semasa jadi artis ni’ , ‘kalau beli motor banyak-banyak, beli sampai 48 biji nak buat apa?’.

“Ini saya nak cerita, arwah mak sakit, start dia sakit selepas arwah bapak saya meninggal. Mak ada komplikasi dekat pankreas.

“Dan, masa arwah mak kena sakit tu untuk dapatkan perubatan yang terbaik, berapa simpanan kau ada? Dan untuk seorang ibu yang melahirkan 10 orang anak, tak kan tak ada seoranga nak yang mahu memberikan perubatan terbaik untuk dia? Sedangkan dia dah berikan yang terbaik pada kita.

“Dan saya cakap, nak pergi hospital yang paling baik untuk mak aku. Jadi, saya bawa. berapa duit? Pergi lantak duit, sebab aku ada benda-benda yang anda semua cakap aku membazir tadi.

“Mungkin orang tak tahu tapi ini eksklusif di sembang seram saya cerita. Saya ada visi sendiri, bila susah dua je benda kau ada duit atau kau ada emas yang boleh di cairkan dengan cepat.

“Jadi, bila mak sakit, saya hantar pergi hospital yang terbaik memang akan kena berpuluh ribu. Sebab kita nak bagi perubatan yang terbaik. Setitis susu yang mak bagi tak terbayar dengan nilai yang saya ada,” katanya.

 

Menguals lanjut, Achey juga sempat mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya kerana menjadi tulang belakang yang sentiasa sedia berkorban untuknya termasuklah bergadai emas untuk menampung kos perubatan mentuanya.

“Masa tu, isteri saya pun rela hati membantu. Sebab itu aku cakap, isteri aku ini ‘lain’.

“Waktu itu dia tahu dalam akaun bank aku tak banyak sangat duit tapi dia tolong dengan cara gadaikan barang kemas dia. Itulah perjuangan isteri aku untuk mak mentua dia.

“Tapi selepas aku dapat balik duit, aku berjaya gantikan semula apa yang isteri aku ‘cairkan’ untuk mak aku,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 May 2022
Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Trending Sun, 19 Jun 2022

[VIDEO] “Wah Dah Macam Drama Arab” – Netizen Puji Neelofa ‘Terpeleot’ Cakap Arab

Neelofa ‘terpeleot’ cakap bahasa Arab dengan suaminya, PU Riz.

Trending Wed, 10 Apr 2019

“Saya Masuk Sempadan Bunian”- Netizen Kongsi Kembali Kisah Remaja Hilang Di Broga

Mohd Azarul Mukhriz yang hilang di Broga mengakui dijaga oleh keluarga bunian

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Trending Fri, 22 Mar 2019

「全天候照顾两子女」27岁妈熬夜滑手机猝死!双眼仍盯着购物网

中国一名27岁妈妈全天候照顾两子女,直至孩子睡了才熬夜玩手机,谁料引起突发心源性疾病猝死。

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

error: Content is protected !!