Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2025 @ 6:49pm

“Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall 

Pempengaruh sensasi, Siti Jamumall mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia dan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, pernah berpisah seketika sebelum kembali rujuk pada hari yang sama.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan mereka dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

“Betul, kami dah bercerai dan rujuk semula pada 6 Mei, selepas pengesahan cerai dibuat. Sekarang saya sedang hamil lima bulan dan sangat teruja menanti kelahiran cahaya mata kami.” jelasnya yang pernah mengalami keguguran tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Siti turut berkongsi kisah disebalik kejadian dirinya berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km) dari Shah Alam ke Setia Alam selepas bergaduh dengan suami.

“Masa tu kami bergaduh, ada konflik sedikit… mungkin emosi saya tak stabil sebab tengah mengandung. Saya nekad jalan kaki sejauh 15 km. Suami dan keluarga cari saya, tapi tak jumpa,” katanya lagi.

Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5 tahun dan Putra Aiman Zafran 3 tahun.

Pada Jun tahun lalu, Siti sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Satun, Thailand.

Namun, rumah tangganya kini didakwa sedang berdepan masalah apabila Siti beberapa kali memuat naik video dengan bayangan seolah-olah dirinya kini kembali bergelar bujang sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

@sitijamumall

Siti dan Aiman dah rujuk kembali. selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. now i tgh pregnant 5 bulan. tak sabar menanti bayi pelangi lahir 🥰 i minta maaf tau abiy salah silap i @AIMAN TAK KESAH moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat 🩷 mungkin ni proses pengenalan kita. Ujian hidup masing2 kan ☺️ i hope all clear. no more spekulasi. i ni mungkin kadang2 terbawak2 emosi sebb tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan nnti kena depression. i ni perempuan bukan nak apa pun. nak attention dari abiy je. tengah pregnant ni emosi tk menentu. duit ke apa tu semua no 2. i boleh terima sikit ke banyak ke yang penting u dah jalan tanggungjawab u. we learn together to fix this. apa dh jadi kt benda lepas biar la berlalu. kita buka buku baru je. i redho ngn apa yg jadi. btw mengidam abiy nak pancake tu nnti i usahakan okay! settle byr LHDN syarikat kita gi thailand sama2 tau 😍 orang ckp kalau lelaki yg dpt mengidam n emosi mcm perempuan time bini mengandung ni tanda dia syg isteri lebih? yeke ? haha 😆 okay dh la bye. cukup la kat sini. mls nak sweet2 nnti orang benci 😅

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Feb 2021
Trending Tue, 25 Aug 2020
Trending Wed, 11 May 2022

Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Comel dan sihat anak perempuan Syatilla dan Shaheizy yang diberi nama Salama Shaheizy ini.

Trending Tue, 19 Jan 2021
Selebriti Fri, 9 Feb 2018

FATTAH, FAZURA NAIK PELAMIN 25 FEBRUARI

Fattah, Fazura memilih Februari sebagai bulan untuk meraikan hari bersejarah. Persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Pasti meriah kan!

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!