Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2025 @ 2:35pm

“Benda Mendatangkan Fitnah! Kalau Kau Tak Datang Minta Maaf, Jumpa Di Akhirat” – Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar akhirnya menjelaskan perkara sebenar susulan dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan songsang bersama adik iparnya.

Kata Khai menerusi temu bual bersama program Melodi, dia bukan sahaja tidak berpuas hati dengan golongan yang membuat tuduhan tersebut, malah sudah bersedia untuk mengambil tindakan saman.

Ini kerana, tuduhan tidak berasas itu melibatkan keluarga sekaligus menganggu emosi adiknya.

“Saya agak kurang berpuas hati pada golongan-golongan yang terpaling tahu.

“Dia sebenarnya benda ni wujud masa saya dengan adik ipar saya buat story berdua dalam kereta masa kami on the way nak pergi majlis perkahwinan kawan. Then, saya repost lah story tersebut.

“Tapi saya tak salahkan satu page ni cuma saya salahkan orang-orang yang komen ni. Saya rasa macam bodoh gila dengan komen itu. Yang rasa ‘Yang Tahu Je Tahu’ (YTJT) tolong selidik dulu sebelum ytjt.

“Sekarang ni saya tengah kumpul bukti dan yang terpaling mahu membongkar rahsia saya…  kau jangan cari pasal dengan aku, aku dah ready nak saman kau.

“Selama ni saya diam sahaja tapi bila diam makin menjadi-jadi. Ini paling serius, sebab ia melibatkan keluarga dan emosi.

“Kalau nak kata masa saya ni begitu begini, masing-masing ada masa silam. Kau nak fikir masa zaman silam orang kenapa? Benda ni mendatangkan fitnah, kalau kau tak datang  minta maaf, jumpa dekat akhirat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu tuduhan hubungan sejenis yang timbul sebelum seseorang selebriti akhirnya mendirikan rumah tangga, Khai mengakui bahawa perkara sedemikian berada di luar kawalannya dan bukan dalam ruang lingkup yang boleh dijelaskannya secara terperinci.

“Benda itu saya tak boleh nak kata lebih-lebih. Itu pandangan orang. Kadang kita ni manusia hati berubah-ubah.

“Itu urusan kita dengan Tuhan, buat apa nak buka aib.

“Nak kata saya berada dijalan yang lurus, itu saya tak boleh kata apa-apa. Saya tak boleh kata iya ataupun tidak, sebab manusia ni ada khilaf. Dan tak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Macam saya sendiri ada juga melakukan kesilapan dan ada benda yang saya rasa perkara itu antara saya dengan Tuhan.  Tapi apa yang boleh saya katakan adalah, silap saya biar saya dengan Tuhan sahaja yang tahu. Tolong jangan buka aib orang,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagu Luluh ini tampil meluahkan raa hati menerusi beberapa hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Masih Ada Iman”- Foto Dengan Adik Ipar Disalah Erti, Khai Bahar Bakal Ambil Tindakan Saman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Nov 2020
familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

李幸倪3月登顶!首次个人大型演唱会

李幸倪明年3月登云顶舞台,在大马首次举办个人大型演唱会,唱出9年出道以来梦想路!

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

‘Nak Naik Tangga Pun Mengah’-Remy Ishak Mula Rimas?

Saya cuba lari daripada ‘Remy Ishak’ yang anda selalu nampak. Tak adalah asyik berlakon cerita cinta sahaja kan?

Events Fri, 13 Jan 2023

Famili Duo: Tema ‘Cinta’ Bawa Sabhi Sadhi & Fareed Di Tangga Paling Rendah – “Keseluruhan Persembahan Kali Ini…”

Adat pertandingan, ada masa di atas ada masa di bawah.. All the best untuk minggu kelima!

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

error: Content is protected !!