Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2025 @ 12:33pm

Karya Glenn Fredly ‘Hidup’ Kembali di Zepp KL Julai Ini Menerusi Konsert Holografik Pertama di Malaysia

Karya legenda muzik Indonesia, Glenn Fredly bakal ‘dihidupkan’ semula menerusi teknologi hologram dalam konsert istimewa Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini adalah kesinambungan daripada kejayaan luar biasa konsert 25 Years of Music: Holographic Performance di Jakarta dua tahun lalu yang menyentuh jutaan jiwa peminat Glenn Fredly, biarpun penyanyi kesayangan ramai itu telah lama pergi meninggalkan dunia seni.

Dibawakan oleh Premier Live Productions dengan kerjasama Matahari Sdn Bhd, konsert ini menjanjikan sebuah malam penuh kenangan, cinta, dan penghormatan terhadap warisan muzik Glenn Fredly yang tidak pernah pudar.

“Warisan Glenn bukan sekadar lagu, tetapi nilai-nilai yang diperjuangkannya – keberagaman, perdamaian dan kemanusiaan. Bait-bait puisinya dan melodi-melodinya telah menjadi sebahagian daripada hidup ramai orang,” kata penganjur, Ibram Putra.

Antara lagu-lagu yang bakal mengisi malam penuh emosi ini termasuk Kasih Putih, Januari, Akhir Cerita Cinta, Sedih Tak Berujung dan Terserah, semuanya karya yang menyentuh perasaan dan merangkumi kisah cinta, kehilangan serta harapan.

Menambahkan lagi rasa rindu yang mendalam, konsert ini turut menampilkan isteri mendiang Glenn, Mutia Ayu, serta penampilan istimewa daripada Ryan D’Masiv, Noh Salleh dan Nadira Adnan. Mereka akan diiringi oleh The Bakuucakar, band asal Glenn Fredly, dalam sebuah persembahan tribute yang jujur dan menyentuh kalbu.

Menurut wakil Matahari Sdn Bhd, Anuar Osman, pihaknya yakin para peminat di Malaysia telah lama menantikan peluang ini untuk mengubat rindu dan kembali menghayati karya Glenn Fredly secara ‘langsung’ dalam suasana penuh emosi.

“Ini bukan sekadar hiburan. Ini adalah ruang suci untuk kita mengenang dan merayakan nilai-nilai yang ditinggalkan Glenn. Ini juga menjadi bukti bahawa teknologi boleh menjadi jambatan kepada kenangan,” ujar Ibram lagi.

Tiket konsert telah mula dijual dengan harga bermula RM188 dan boleh didapati melalui laman web www.ticket2u.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Keanu Reeves Makin Tua Makin Menjadi

Apakah agaknya plot The Matrix 4 ini? Hmmmmm

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Aku Gentle Jangan Kantoi Perempuan Je” – Siti Elizad Akui Pasangan Perlu Saling Menghormati Batas Pergaulan

Elizad akui sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Juicy Luicy Gegarkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena KL

Ruang Inspirasi Festival 2025 bakal berlangsung pada 17 Ogos ini.

error: Content is protected !!