Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 16, 2025 @ 3:06pm

#JourneyToTanahHaram: Amar Baharin Berdepan Cuaca Panas Cecah 51 Darjah Celcius, Akui Badan Kini Lemah

Pelakon Amar Baharin berkongsi perkembangan terkininya dalam misi berbasikal menuju Tanah Haram atau hashtag, #JourneyToTanahHaram.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amar berkata, hari ke-18 adalah hari yang paling mencabar untuknya apabila terpaksa berdepan cuaca yang terlalu panas sehingga mencecah 51 darjah celcius sepanjang perjalannya dari Dubai ke Abu Dhabi.

Bagaimanapun, dia bersyukur dek kerana dapat menghabiskan kayuhan sepanjang 110 kilometer (km) dalam kondisi badan yang sedikit lemah.

“Hari ke-18, cuaca terlalu panas untuk perjalanan kami dari Dubai ke Abu Dhabi hari ini mencecah 51 darjah celcius.

“Alhamdulillah selesai 110 kilometer (km)kayuhan untuk hari ini. Cuma kondisi badan agak sedikit lemah hari ini.

“We need more time for recovery menghadapi cuaca extreme di Tanah Arab,”kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian ”Biarkan Ia Pergi’ ini memohon agar semua peminat dan pengikutnya di media sosial mendoakan agar misi kayuhan menuju  Tanah Haram dipermudahkan.

Sekaligus menyatakan perasaan rindu terhadap isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli dan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang […]

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut Semalam RM200k di Maldives

Pernah terfikir menginap di villa yang berharga lebih kurang RM 200k semalam ditemani dengan hidupan laut yang ada

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

2018「台湾之夜」嗨翻全场!陈建年加码一首歌迷呼赚到

2018「台湾之夜」嗨翻全场!大马原住民歌手Reza Salleh以及来自台湾的柯智棠、吴汶芳和陈建年四小时轮番接唱,让歌迷一次听过瘾。

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

error: Content is protected !!