Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2025 @ 5:31pm

Tempahan Tiket Tayangan Awal Ejen Ali The Movie 2 Kini Dibuka! Filem Animasi Tempatan Paling Dinanti 2025

Bersiap sedia untuk kembali ke dunia penuh aksi dan emosi! Filem animasi tempatan yang dinantikan ramai, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), bakal meletup di pawagam seluruh negara mulai 22 Mei 2025.

Menyedari keterujaan peminat terhadap francais ini, dua rangkaian pawagam utama Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) telah membuka tempahan awal tiket bermula 14 Mei 2025 di lebih 70 lokasi seluruh Malaysia.

Kini, para peminat berpeluang menjadi antara yang terawal menonton EATM2 melalui Tayangan Awal yang dijadualkan pada 20 dan 21 Mei 2025.

Ia bukan saja memberi kelebihan untuk merancang lebih awal, tetapi juga menawarkan pengalaman menonton yang lebih selesa terutama menjelang musim cuti sekolah yang sentiasa sibuk.

Tayangan lebih awal ini turut membuktikan keyakinan tinggi terhadap kekuatan jenama Ejen Ali, sebuah karya animasi kebanggaan negara yang berjaya mencuri hati penonton dari pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah golongan dewasa yang membesar bersama dunia Ejen Ali.

Dalam sekuel kali ini, penonton bakal disajikan dengan visual yang lebih memukau, aksi yang lebih intens, dan naratif yang lebih matang dan menyentuh emosi.

Saksikan transformasi Ali dengan sut perisai baharu, SATRIA, dan ikuti hubungan dinamiknya bersama Ejen Alicia yang bakal mencetuskan konflik serta dilema baharu dalam misi mereka.

Gabungan elemen futuristik dan penceritaan menyentuh jiwa menjadikan EATM2 bukan hanya untuk kanak-kanak malah sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Menambah lagi keterujaan, TGV memperkenalkan pengalaman interaktif unik dengan avatar watak-watak utama seperti Ejen Ali, Neonimus dan Satria yang dipaparkan di laman web dan aplikasi tempahan mereka.

Setiap tempat duduk yang ditempah akan disertakan dengan avatar khas menjadikan proses membeli tiket lebih menyeronokkan, mesra peminat, dan imersif. Satu pengalaman yang benar-benar selari dengan semangat heroik filem ini.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Home of Heroes’ oleh TGV satu penghormatan kepada karya tempatan yang menyumbang besar kepada industri kreatif Malaysia.

Ejen Ali bukan sekadar animasi biasa ia adalah simbol kejayaan dan kebanggaan negara.

Lebih menarik, peminat yang hadir ke tayangan di semua lokasi TGV dari 23 hingga 31 Mei 2025 sambil mengenakan pakaian bertema Ejen Ali akan menerima minuman percuma sempena tayangan istimewa musim cuti sekolah.

Dengan tempahan awal kini dibuka, jangan lepaskan peluang menjadi antara yang pertama menyaksikan sambungan epik dunia Ejen Ali! Nikmati pengalaman sinematik eksklusif hasil kerjasama kreatif antara WAU Animation, Primeworks Studios, dan Komet Productions.

Jangan hanya dengar cerita orang alami sendiri kehebatan dan evolusi dunia Ejen Ali di layar perak bermula 20 Mei ini.

Sebuah naskhah animasi penuh aksi, emosi dan semangat wira untuk semua lapisan masyarakat. Tempah tiket anda hari ini dan jadi sebahagian daripada fenomena animasi tempatan yang luar biasa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Featured Fri, 13 Mar 2026

Mek Yun Cuba Berpuasa Penuh, Anggap Tak Salah Orang Bukan Islam ‘Meraikan’ Ramadan – “Asalkan Tak Langgar Akidah”

Pempengaruh media sosial, Mek Yun berkongsi pengalamannya mencuba untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan walaupun dirinya bukan beragama Islam.

Featured Thu, 17 Jul 2025

Andmesh Kamaleng & Ziva Magnolya Bakal Gegarkan Konsert Festival Tentang Cinta Di Sabah!

Konsert ini bukan sekadar meraikan muzik cinta, tetapi menjadi simbol penyatuan peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Trending Mon, 24 Sep 2018

Mulai Januari 2019, Penyedut Minuman Plastik Diharamkan Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

Negara Taiwan dan Britain pun haramkan penggunaan penyedut minuman plastik.

error: Content is protected !!