Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2025 @ 7:18pm

Tempoh Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Hukuman terhadap kes amang seksual pendakwah bebas, PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun pada prosiding rayuan yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Klang, pada Isnin.

Memtik laporan Sinar Harian, rayuan tersebut melibatkan dua hukuman sebelum ini iaitu terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Namun, hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh 27 September tahun lalu dimana hukuman dijatuhkan.

Menurut Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, ketika prosiding kes pendakwaan dan bela diri membabitkan Azman selaku perayu dibicarakan secara bersama.

“Ia melibatkan saksi dan kejadian yang sama, oleh itu hukuman yang dijatuhkan perlu dijalankan secara berturutan.

“Saya membenarkan rayuan hukuman berjalan serentak menjadikannya penjara selama 12 tahun dan dua sebatan sebelum ini dikekalkan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili PU Azman iaitu Fahmi Adilah memaklumkan, pembelaan telah memfailkan rayuan agar hukuman 12 tahun penjara dijalankan secara berasingan

“Saya percaya tiada niat unutk melengah-lengahkan prosiding kerana kes ini dihadapi oleh mangsa dan saksi yang sama,” jelasnya.

Mengikut pertuduhan, PU Azman didakwa melakukan kesalahan itu ke atas mangsa berusia 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini pada pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi, 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Terdahulu, Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman berasingan bagi setiap pertuduhan dan menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

Susulan keputusan itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias, diarahkan untuk dipenjara serta-merta dan dihantar ke Penjara Kajang.

Kes melibatkan PU Azman mendapat perhatian ramai memandangkan statusnya sebagai personaliti popular dalam bidang keagamaan dan hiburan tanah air.

Sumber: Sinar Harian, Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Featured Wed, 17 Jan 2018

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan […]

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Tak Anti Lelaki, Cuma Banyak Yang…” – Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Madam Mariyah Mahu Fokus Bina Empayar

Tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, Madam Mariyah fokus bina empayar.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

Trending Mon, 19 Apr 2021
Hiburan Mon, 14 Jan 2019
error: Content is protected !!