Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2025 @ 6:58pm

Dilabel Narsistik, Individu Hina Puteri Balqis Tampil Pertahan Diri -“Sumpah! I Tak Ada Niat”

Individu yang didakwa menghina penampilan pelakon popular, Puteri Balqis akhirnya tampil mempertahankan diri selepas digelar narsistik dan bersikap tidak profesional oleh pengurus aktres itu.

Dakwanya, hantaran yang dimuat naik menerusi platform Threads itu sama sekali tidak berniat untuk mengutuk aktres berkenaan.

Termasuklah, tidak menyangka ia tular di media sosial.

“Pertama sekali, yes you are not professional. Sebenarnya I tak sangka thread tu akan blow up. I macam saja saja je tulis dan tak ada niat untuk membuat orang mengutuk Aqish. Contohnya, I post ‘handsomenya Sharnaaz Ahmad rasa nak cium’ tapi ramai orang hentam I kata I gatal???

“Kalau you baca thread I tu ye lah memang benda ni mengundang kemarahan Aqish or orang lain. Tapi sumpah saya tak ada niat,” katanya.

Jelasnya, hantaran yang di muat naik itu sama sekali tidak mengutuk penampilan Aqish sebaliknya hanya menegur kanta mata dan warna rambut yang digunakan.

“Saya tidak mengutuk physical appearance dia macam yang you fikirkan ya. Saya tak kata hidung pesek tangan pendek kaki panjang or whatsoever.

“Saya hanya cakap the veneer, the lens, the hair color. Saya tak pernah cakap dia buruk. If you go through my thread satu satu, I tak ada pun reply thread yang burukkan Aqish macam ‘Ya, dia buruk blah blah blah’.

“She is pretty and pretty talented too.But I never said she tak ada rahang, she gemok or she kurus. I cakap pasal make up, veneer, warna rambut. Thats all,” tegasnya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh pengurus Puteri Balqis yang dikenali sebagai Kafziel menerusi tangkap layar yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, Kafziel berkata, tindakannya berkongsi hantaran tersebut adalah atas dasar profesional dan mahu melindunhi keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepada Bet*na Pengumpat & Pencetus Benci! Betulkan Perangai Awak” – Digelar Rempit & Selekeh, Pengurus Puteri Balqis Tampil Bersuara

ARTIKEL BERKAITAN:Buat Veneer, Pakai ‘Contact Lens’ Berwarna… Puteri Balqis Dikritik Selekeh? Peminat Tampil Pertahankan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Tue, 5 Apr 2022

Dilabel Kayu, Hanya Pertaruh Wajah Cantik… Sharifah Rose Pernah Alami Kemurungan – “Saya Tak Layan Kecaman Demi Kesihatan Mental”

Pelakon Sharifah Rose yang terpalit dengan label pelakon kayu dan mempertaruhkan wajah cantik ketika awal kemunculan mengakui kata-kata terbabit mengguris hatinya. Namun, gadis kacukan darah Melayu, Arab dan Jawa itu tidak mahu mengalah dengan kritikan […]

Trending Thu, 11 Mar 2021

Tony Eusoff Geram Netizen Anggap Tuala Wanita Memalukan

Haish, tuala wanita kan benda paling common sense

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Sun, 10 Nov 2024
Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]

error: Content is protected !!