Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 21, 2025 @ 5:48pm

Marygrace Jadi Ikon Sabah, Gegar Marygrace Jadi Ikon Utama Wakil Sabah Dalam Kempen Gawai & Kaamatan

Selepas mencuri tumpuan sebagai juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) dan meledakkan single sulung Titik Mula di carta Hot FM Top 40, bintang muda kelahiran Sabah, Marygrace, terus memahat nama dalam industri seni tanah air.

Kini, anak jati Sabah itu mencatat satu lagi pencapaian manis apabila dipilih sebagai wajah utama kempen Gawai & Kaamatan 2025 anjuran Pepsi dan TV Sarawak (TVS) yang dianggap sebagai satu penghormatan besar yang sekali gus mengangkat budaya Borneo ke pentas nasional.

Sempena kempen tersebut, Marygrace muncul dengan lagu rasmi ‘Happy Gawai Kaamatan’, sebuah karya bertenaga yang menyatukan budaya, warisan dan kemeriahan musim menuai dalam irama moden berjiwa tradisional.

Lebih menarik, lagu ini turut menampilkan Belle Sisoski, penyanyi dan komposer berbakat dari Sarawak, serta Rezza Shah, bekas peserta CSOIAM bergabung dalam harmoni, menyampaikan mesej perpaduan menerusi karya yang mengangkat semangat Borneo.

‘Happy Gawai Kaamatan’ ciptaan sepenuhnya Belle Sisoski, mengetengahkan gabungan rentak pop kontemporari dengan elemen muzik rakyat menjadikan lagu ini sebagai anthem segar yang memeriahkan sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan yang diraikan masyarakat Dayak dan Kadazandusun.

Bercerita mengenai proses rakaman, Marrygrace menyifatkan emosi untuk menyampaikan lagu tersebut bukanlah mudah, namun dia menikmati perjalanan itu termasuk momen lucu dan menyentuh hati ketika berbual serta bertukar cerita budaya bersama Belle dan Rezza.

“Saya sangat bangga dapat jadi sebahagian daripada kempen ini. Ia bukan sekadar tentang menyanyi, tapi membawa semangat budaya Borneo kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Paling sukar ialah memastikan emosi sampai. Lagu ini cukup dekat dengan jiwa masyarakat Borneo. Kami juga perlu betul-betul serasi untuk pastikan vokal seimbang dan harmoni,” jelasnya.

Lebih istimewa, video muzik lagu ini turut dirakam di lokasi indah sekitar Kuching seperti Sarawak Cultural Village dan Nanga Damai Homestay, menjadikan visual yang terhasil bukan sahaja cantik, malah sarat nilai budaya dan keaslian alam semula jadi.

Selain menyumbangkan vokal, Marygrace juga membuat penampilan istimewa dalam sambutan Pesta Kaamatan KDCA di Sabah yang turut disokong oleh Pepsi membuktikan dirinya bukan sekadar penyanyi, malah duta budaya muda yang semakin menyerlah.

Dalam pada itu, Marygrace juga bakal terus memukau peminat apabila tampil bersama empat finalis CSOIAM dalam Konsert Rossa “Here I Am Concert Malaysia” di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini.

Tidak cukup dengan itu, Marygrace juga akan bergandingan dengan bintang terkenal seperti Andmesh, Hael Husaini, Adira Suhaimi dan Ara Johari di Festival Tentang Cinta yang bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Norman Hakim Meratap Pemergian Anak Sulungnya

Sedih pula tengok pelakon Norman Hakim meratap atas kepergian anak sulongnya, Mohamed Danish  dengan bekas isteri, Abby Abadi yang berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian hafazan di sana.

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 6 Jul 2023
Drama Wed, 21 Jan 2026

Perkahwinan Kontrak Menjadi Jalan Pemulihan Jiwa? Jom Saksikan Gandingan Aprena Manrose & Nazim Othman Dalam Nur Untuk Ariff!

Nur Untuk Ariff ditayangkan setiap hari pada jam 8 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Trending Wed, 22 Jul 2020
error: Content is protected !!