Euforia Bola 2026
Drama By: Padin January 21, 2026 @ 3:15pm

Perkahwinan Kontrak Menjadi Jalan Pemulihan Jiwa? Jom Saksikan Gandingan Aprena Manrose & Nazim Othman Dalam Nur Untuk Ariff!

Jika perkahwinan yang bermula sebagai sandiwara akhirnya berubah menjadi tempat merawat luka lama, adakah cinta mampu bertahan dalam kehidupan yang dipenuhi rahsia dan pengkhianatan? Nur Untuk Ariff bakal menemui penonton bermula 19 Januari dan akan ditayangkan setiap hari pada jam 8.00 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Diterajui Aprena Manrose dan Nazim Othman, drama ini mengetengahkan kisah cinta yang berlapis trauma, perebutan kuasa serta kebenaran yang sekian lama tersimpan. Dengan konflik keluarga yang tegang dan permainan emosi yang mencengkam, Nur Untuk Ariff hadir sebagai naskhah yang menyentuh hati dan mendebarkan.

Siri ini berkisar tentang Tajul Ariff (Nazim Othman), pewaris Empayar Holding yang terpaksa menampilkan imej serba sempurna demi nama baik keluarga. Di sebalik penampilan itu, Ariff memikul trauma mendalam susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa ibu bapa dan adik perempuannya. Demi menjaga maruah keluarga serta menunaikan kehendak neneknya, Ariff bersetuju berkahwin dengan Nur (Aprena Manrose) melalui perkahwinan kontrak untuk memulihkan reputasinya.

Pada awalnya, Ariff menutup rapat ruang di hati. Namun, kehadiran Nur sedikit demi sedikit membawa ketenangan dalam hidupnya yang lama dihantui mimpi buruk dan rasa takut. Tanpa dirancang, hubungan yang asalnya palsu mula bertukar menjadi perasaan yang jujur, walaupun kedua-duanya cuba menafikan apa yang sedang tumbuh.

Dalam masa sama, pergolakan keluarga semakin memuncak apabila ibu saudara Ariff, Razita (Aleeza Kasim), merancang merampas kerusi CEO untuk anaknya, Tajul Haiqal. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Haiqal sebenarnya sudah lama mengenali dan menyimpan rasa terhadap Nur. Kemunculan semula Laila, cinta pertama Ariff, turut menambah sengketa apabila Nur berdepan tekanan emosi dan fizikal, termasuk permainan perasaan yang kejam.

@dramasangat EPISOD 1/60 – Nur Untuk Ariff 🤍 ▶️ #NurUntukAriff▪️Setiap Hari -> 🕰️ Jam 8 malam di TikTok Drama Sangat ❗️ #DramaBersiriVertikalTV3 ini Esklusif hanya di TikTok DramaSangat dan Tonton ! 🪄Dibintangi : @nazimothman sebagai Tajul Ariff @mrsaprenamanro sesebagai Nur Dayana @aleeza_kassim sebagai Razita @_amridahlan sebagai Reza @ariffidrusssebagai Haqamir Dan ramai lagi 
🎥Penerbit : @d.ayupictures Arahan: @safuanrashidx #DramaSangat #NurUntukAriff #DramaBersiriVertikalTV3 ♬ original sound – dramasangat

Di sebalik sikap lembut Nur, terselit tujuan besar apabila Nur berusaha mencari bukti yang mengaitkan Razita dengan kematian keluarga Ariff. Satu demi satu pendedahan membawa penonton ke sisi gelap keluarga, termasuk kebenaran tentang kemalangan tersebut serta rahsia kewujudan Ainun, adik Ariff yang selama ini disangka telah tiada.

Menjelang kemuncak cerita, Ariff terpaksa berdepan realiti yang pahit. Namun, cinta dan keikhlasan Nur menjadi sandaran untuk Ariff bangkit, menewaskan trauma dan menuntut keadilan. Kasih yang tulus akhirnya menjadi penawar, membuktikan ketulusan mampu mengubah arah takdir.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama bersiri vertikal Nur Untuk Ariff bermula 19 Januari, setiap hari jam 8.00 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton. Ikuti perjalanan penuh emosi tentang perkahwinan kontrak, rahsia keluarga dan cinta yang akhirnya menemukan cahaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

《小孩不笨》童星洪赐健要结婚啦!

新加坡演员洪赐健2002年以梁智强执导的电影《小孩不笨》系列和《跑吧!孩子》爆红;16年后的他,在IG宣布即将成为人夫,晒与女友的婚纱照,感性告白:“距离婚礼只有42天,但我已迫不及待地想和你度过一生。”

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Terbang ke Palu, Fara Fauzana Ajak Zara Zya, Shila Amzah Dan Jihan Muse Sertai Bantuan Kemanusiaan

Akui penyampai program digital D Bilique ini, dia dan rakan-rakan bakal menyediakan hidangan istimewa yang dimasak khas oleh Zara Zya.

Featured Mon, 13 Oct 2025

“Saya Mudah Tergoda Dengan Lelaki Yang Bijak & Berilmu”- Namron

Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Namron menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hantaran menerusi platfrom media sosial miliknya  baru-baru ini.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2018 (#ABPBH31 )

Sedang dikemaskinikan untuk senarai pemenang. Tahniah pada para pemenang

Trending Wed, 21 Apr 2021

“Berkepuk Duit Dia Bawa Belanja” – Aksi Pemuda Borong Makanan Peniaga Bazar Ramadan Raih Perhatian Netizen

Aksi seorang pemuda yang memborong makanan jualan peniaga di bazar Ramadan menjadi tular di laman Twitter. Tindakan pemuda yang membeli semua makanan jualan di beberapa buah gerai dan meminta agar ia disedekahkan kepada pengunjung mendapat […]

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
error: Content is protected !!