Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2025 @ 6:10pm

Elfira Loy Terbang Sampai Ke Doha Untuk Timba Ilmu, Seronok Sertai Acara Angkat Martabat Wanita Muslim

Pelakon dan pengacara terkenal, Elfira Loy, meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang menimba ilmu mengangkat martabat wanita Muslim di sebuah acara bersejarah di Doha, Qatar.

Elfira dijemput ke ibu negara Qatar itu bagi menyaksikan jalinan kerjasama strategik antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah Women Center, sebuah pusat pembelajaran perintis dan juga masjid pertama yang dibina khusus untuk wanita Muslim di rantau ini.

“Saya benar-benar merasa dihormati kerana berpeluang terbang ke Doha, Qatar, untuk menyaksikan kerjasama global yang berimpak tinggi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah iaitu sebuah pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau ini yang dibina khusus untuk wanita Muslim, sekaligus menghubungkan iman dan kepimpinan global,” kata Elfira yang diterbangkan oleh jenama kecantikan dan kosmetik, Wardah Beauty.

Tambah Elfira lagi, dia sangat terinspirasi dengan wacana kepimpinan wanita yang dibentangkan dalam sesi dialog yang menampilkan tokoh-tokoh berkaliber.

“Mendengar panel-panel hebat berbincang tentang kepimpinan wanita benar-benar memberi inspirasi dan mencetuskan pemikiran. Pandangan mereka membuatkan saya meremang dan memberi saya visi baharu untuk masa depan,” katanya.

Antara hujah yang menyentuh hatinya termasuklah daripada H.E. Retno Marsudi yang menekankan pentingnya pendidikan wanita dalam membentuk masyarakat lebih seimbang.

“Ibu Retno mengingatkan bahawa ‘apabila kita mendidik seorang wanita, kita mendidik satu generasi,” katanya.

Elfira turut tersentuh dengan mesej daripada dua tokoh wanita lain yang memberi panduan bermakna kepada para wanita.

“Dr. Siddiqi memberi galakan untuk ‘pilih musimmu’ iaitu mengingatkan kita bahawa kita tidak perlu lakukan semuanya sekaligus. ‘Pilih musimmu’ untuk menjadi ibu terbaik? Kakak terbaik? Atau pemimpin terbaik? Ambil masa kamu sendiri.

“Apa yang paling saya suka, Dr. Sari berkata bahawa apa sahaja yang dia lakukan, keinginannya adalah supaya diberkati (barakah),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp, Amalia Sarah Santi turut berkongsi makna mendalam di sebalik kolaborasi ini.

“Meninggikan suara bukanlah tanda kehilangan rasa malu, tetapi adalah perbuatan keimanan. Dalam usaha menyumbang kepada dunia, kita kembali kepada fitrah kita, berpandukan petunjuk-Nya, sebagai cerminan tulen siapa kita yang sebenar,” katanya.

Amalia menegaskan, kolaborasi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah akan membuka ruang kepada pelaksanaan dua bentuk utama kerjasama: pembangunan kapasiti wanita dan pertukaran pengetahuan serta jaringan untuk pengajaran, penyelidikan dan pemerkasaan komuniti.

Duta jenama Paragon Wardah, Dewi Sandra, turut berkongsi pesanan bermakna dalam sesi tersebut: setiap wanita ada ceritanya, dan setiap suara memiliki kuasa.

Majlis ini juga menjadi pentas kepada Dialog Kepimpinan Wanita Global bertemakan “Leading with Purpose: Women in Faith, Business, and Global Policy”, sebuah forum berprestij yang menghimpunkan suara wanita dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan berdaya tahan.

Sesi tersebut menampilkan penceramah terkenal seperti Dr. Sohaira Siddiqui, H.E Retno Marsudi, dan Dr. Sari Chairunnisa, serta dimoderatorkan oleh Dewi Sandra. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Lita Kardatin Hassan, isteri Duta Besar Indonesia ke Qatar.

Pada majlis sama, Dr. Sohaira Siddiqui turut diumumkan sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact, melengkapkan acara yang menjadi simbol kebangkitan suara wanita Muslim di peringkat global.

Acara kemuncak adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah Women Center, ahli kepada Qatar Foundation. Perjanjian itu ditandatangani oleh Dr. Sohaira Siddiqui selaku Pengarah Eksekutif Al Mujadilah Center dan Amalia Sarah Santi mewakili ParagonCorp.

Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh H.E. Retno Marsudi dan Dr. Sari Chairunnisa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ParagonCorp.

Sebagai syarikat kecantikan terbesar di Indonesia, ParagonCorp melalui jenama unggulnya, Wardah, terus komited memperkasakan wanita melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi seperti Women Space, House of W dan Ri’āya Young Adult Stewardship Program oleh Al Mujadilah Women Center, merangkumi pendidikan, kepimpinan dan pemerkasaan komuniti di peringkat domestik dan antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

“Kalau Betul Saya Tanggung Dia, Takkan Saya Sebahagia Ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Sara Ubai MZ

Shila Amzah tepis dakwaan tanggung suami, puji Ubai matang dan bertanggungjawab

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Konsert Metal Return 1.0 XPDC Dan May Bergabung

Tak sabar rasanya nak tengok Konsert Metal Return 1.0 Live nanti

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Sekolah Rendah Akan Dibuka Hujung September Ini

Akan ada waktu persekolahan yang baru okay!

Featured Thu, 10 Jun 2021

Peminjam PTPTN Terjejas Boleh Tangguh Bayaran 3 Bulan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas, boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam […]

Hiburan Thu, 24 May 2018

Daesung’s Reason for Hospitalisation Revealed

No worries, guys. It wasn’t anything severe.

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
error: Content is protected !!