Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 26, 2025 @ 5:44pm

[VIDEO] “Bukan Sebab Suami Reda, Tapi Hukum Tetap Haram’ – Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleya

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya yang dilihat memakai subang di hidung.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan perbuatan tersebut jelas haram dari sudut pandangan Islam.

“Hukum ini bukan soal suami reda atau ibu bapa tak marah. Isunya, menindik hidung tergolong dalam perbuatan tasyabbuh, iaitu menyerupai amalan agama lain.

“Malah, fatwa daripada jabatan mufti juga menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan itu haram,” katanya.

PU Syed turut mengingatkan agar larangan agama diletakkan sebagai keutamaan dalam setiap perbuatan, meskipun mendapat keizinan daripada ahli keluarga.

“Majoriti umat Islam hanya menindik telinga, dan itu sudah memadai. Tak perlu ikut trend sampai nak tindik hidung, kening atau lidah.

“Ini bukan soal netizen kecam atau tidak, tetapi pandangan agama yang menyatakannya haram. Jadi, jangan buat walaupun suami atau ibu bapa setuju,” tegasnya.

Terdahulu, Aleya dalam sebuah podcast mengakui subang hidung yang dipakainya hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkan.

Malah, dia turut berkongsi pernah menyimpan hasrat untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah, namun membatalkannya selepas memikirkan kesan sampingan dan penjagaan rapi yang diperlukan.

@mingguanwanita

Bertindik hidung, Leya akui tak kisah dikritik. “Baik suami, ibu dan ayah juga sporting, tak melarang. Menyentuh tentang penampilannya yang bertindik di hidung, sosok yang sangat peramah dan lebih selesa dipanggil Leya itu tidak kisah jika dirinya dikritik. Bagi Leya terpulang kepada mereka sama ada hendak terima atautidak penampilannya itu. Asalkan dirinya selesa. Sharifah Aleya pelakon, pengacara dan penyampai radio The LITEBreakfast, LITE FM sewaktu hadir menjayakan sesi temubual Sembang Wanita Xtra begitu bertenaga dan sangat segar sewaktu berbicara. Saksikan video penuh temubual eksklusif bersama Leya di Sembang Wanita Xtra malam ini jam 8 malam. #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #wanita #temansetiapwanita #fyp

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Kredit video: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

KATY PERRY AND THE WEEKND JUST WENT ON A DINNER DATE!

It seems like now this motherf**king Staryboy has moved on to a more mature lady.

Trending Tue, 30 Apr 2024
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Syahrini Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul bagai apa dikata, Alhamdulillah…

error: Content is protected !!