Euforia Bola 2026
Featured By: Padin May 26, 2025 @ 4:32pm

Dibanjiri 12,000 Peminat Di Arena Indonesia, “Here I Am” Jadi Momen Terindah Rossa… Peminat Malaysia Tak Sabar Tunggu Konsert Di Axiata Arena 14 Jun Ini!

Konsert solo berskala besar Datuk Seri Rossa, Here I Am bukan sahaja menandakan hampir tiga dekad perjalanan seninya, malah menjadi detik paling bermakna buat penyanyi tersohor itu.

Konsert ‘sold-out’ yang diadakan di Arena Indonesia, Senayan, Jakarta pada Jumaat lalu ini dihadiri 12,000 peminat yang berhibur bersama rangkaian 30 lagu hit yang disampaikan oleh Rossa.

Dalam satu hantaran Instagram terkininya, Rossa meluahkan perasaan syukur dan bangga terhadap karya seni yang dibina bersama pasukan hebat di sebalik tabir.

“Konsert Here I Am akan menjadi momen terindah yang akan aku ingat sampai bila-bila,” tulis Rossa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Bagi Rossa, konsert bukan sekadar persembahan, tetapi satu bentuk karya yang dibangunkan dengan sepenuh hati yang menggabungkan idea, imaginasi, tawa, air mata, keringat dan kerja keras.

Menurut pelantun lagu Aku Bukan Untukmu itu, segmen pembukaan konsert adalah bahagian yang paling penting.

Ia bukan hanya melibatkan aspek teknikal seperti muzik, pencahayaan dan visual yang memberi kesan mendalam, tetapi ia juga menjadi momen penting untuk menyampaikan mesej utama konsert kepada penonton.

Dalam hantaran sama, Rossa turut menjelaskan simbolik elemen-elemen visual utama dalam pembukaan persembahan.

Bunga, menurut Rossa, melambangkan dirinya yang telah ‘fully bloomed’ atau mekar sepenuhnya setelah 29 tahun dalam industri muzik.

“Saat ini aku bisa memperlihatkan keindahan karya-karya aku,” tulisnya lagi.

Sementara itu, lingkaran yang turut menjadi elemen utama visual melambangkan rasa keutuhan diri Rossa sebagai seorang artis dan wanita.

“Aku sudah merasa utuh sehingga aku bisa berdiri tegar mengatakan: Here I Am, inilah aku saat ini,” jelasnya.

Simbol lingkaran turut membawa maksud ‘infinite’ atau tidak berpenghujung dan ia melambangkan komitmen Rossa untuk terus berkarya tanpa henti.

Sebagai pembuka konsert, Rossa memilih lagu Tegar, ciptaan Melly Goeslaw yang merupakan karya pertama yang dihadiahkan kepadanya dan menjadi titik tolak kepada kekuatannya sebagai seorang anak seni.

Selain Tegar, deretan lagu hit Rossa dipersembahkan pada malam itu Aku Bukan Untukmu, Atas Nama Cinta, Terlalu Cinta, Sakura, Pudar dan banyak lagi. Akhirnya, penonton dihiburkan dengan lagu Hey Ladies sebagai tanda penutup konsert.

Konsert ‘Here I Am’ juga menampilkan kolaborasi istimewa dengan beberapa artis muda berbakat seperti Bernadya, Yura Yunita, Dipha Barus, kumpulan JKT48 dan bintang Indonesian Idol, Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla. Kehadiran mereka menambah warna dan dinamika kepada persembahan, mencerminkan semangat kolaborasi antara Rossa dan generasi baharu.

Melalui konsert ini, Rossa bukan hanya meraikan kejayaan karier seninya, tetapi juga mengetengahkan kekuatan, keteguhan dan cinta terhadap seni yang tidak pernah pudar dan ia benar-benar menzahirkan maksud sebenar ungkapan Here I Am.

Di ruangan media sosial, rata-rata peminat yang menghadiri konsert terbabit menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dapat menghadiri konsert terbabit.

Rata-rata peminat Malaysia pula tidak sabar untuk menantikan kehadiran Rossa untuk Konsert Here I Am Malaysia di Axiata Arena pada 14 Jun ini.

Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production, konsert ini turut mendapat kerjasama promosi dan pemasaran daripada Sah Entertainment, serta sokongan Usanita Entertainment sebagai penaja utama.

Untuk makluman, harga tiket konsert Here I Am bermula dari RM228 (Festival) hingga RM788 (Diamond Center), tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran. Pemegang kad Maybank layak mendapat diskaun 8% (kad kredit) dan 5% (kad debit).

Dan, tiket boleh didapati melalui laman web rasmi www.ticket2u.com

Untuk pembelian tiket korporat, sila hubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau emel [email protected].

Sekadar info, selain Malaysia, konsert Here I Am juga akan diadakan di Indonesia dan Singapura, dengan lokasi Malaysia di Axiata Arena pada 14 Jun 2025, manakala konsert di Singapura dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

“Tak Sangka Dia Nak Sondol Suami Saya!” – Selebriti Muslimah Berstatus Janda Didakwa Ganggu Rumah Tangga Orang

Seorang wanita tampil mendakwa suaminya diganggu selebriti berpenampilan muslimah berstatus janda.

Featured Sun, 18 Dec 2022
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Muaz Teruja Bakal Dapat Anak Kedua

Penyampai radio Kool FM, Muaz mengaku teruja kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzudin Mohamed memaklumkan isterinya, Ediana Aziz bakal melahirkan sekitar Mac 2019. “ Sudah tentu […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

NASKAH YANG TERAKHIR? – ERMA FATIMAH

Setelah beberapa kali turun naik pentas Anugerah Skrin iaitu pada kemenangna pertamanya pada tahun 1995, Erma Fatima telah meluahkan hasrat hatinya untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri.

Featured Sat, 8 Nov 2025

Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

Dr. Fie akhirnya tampil meluahkan perasaannya selepas melalui pelbagai ujian dalam kehidupan, termasuk isu rumah tangganya.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

“Saya Doa Mati Dalam Keadaan Beriman” – Dato Aliff Syukri Luah Rasa Syukur

Dikatakan berlagak dan menunjuk-nunjuk, bagaimanapun Dato Aliff berkata, itu adalah hak mereka kerana niat sebenar beliau bukanlah untuk bermegah-megah sebaliknya berkongsi kejayaan selepas mengejar impian hasil pengalaman beliau hidup susah sebelum ini

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

自嘲猛吃肉骨茶发胖 A-Lin实际行动回馈歌迷

睽违大马两年的天生歌姬 A-Lin重回大马舞台,拿起歌迷手机自录唱歌影片, 向粉丝讨教国语, 又与幸运歌迷对唱,最后还来个双「安可」让大马粉丝大喊:赚到了!

error: Content is protected !!