Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:30am

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi sebuah video menyentuh hati berhubung anak-anaknya, Humairah dan Umar yang kini menetap di luar negara.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story (IG) miliknya, Shuhada berkongsi gelagat anak lelakinya, Umar yang mahu ‘membeli’ bapa baru.

“I want to buy a dad because i don’t have a dad,” kata Umar membuat mimik muka sedih.

Apa yang lebih menyayat hati adalah, Shuhada memaklumkan anak lelakinya itu sudah berdoa berkali-kali untuk dikurniakan bapa baru.

“Umar cakap dia dah doa berjuta kali dan suruh kakak dia beli online pula,” tulis Shuhada.

Menerusi perkongsian lain di IGs, Shuhada meluahkan rasa simpati terhadap Umar yang kelihatan penat sehingga tertidur.

“Kesiannya, penatnya dia cari abah tak jumpa… sampai tertidur,” katanya.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8 dan Umar, 5.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah mendapati lafaz cerai yang dibuat secara lisan oleh aktor itu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari 2023 adalah sah mengikut hukum syarak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Thu, 16 Feb 2023

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Saya belum terima apa-apa arahan daripada Ali dan keluarganya – Peguam

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Jalan Licin, Kereta Afieq Shazwan Terbabas Di Lebuh Raya!

Berkongsi pengalaman cemas semalam, kereta Afieq tiba-tiba terbabas di tengah jalan akibat jalan licin ketika hujan. 

Trending Thu, 19 Mar 2020

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Kerjasama dan keprihatinan majikan dengan kakitangan amat penting dalam situasi wabak sebegini.

Trending Tue, 10 Apr 2018

Employers are NOT Required to Give Employees Day Off on May 9th

So, does this mean we need to take an annual leave to vote?

Hiburan Tue, 13 Jan 2026
Trending Tue, 28 Jul 2020
error: Content is protected !!