Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2025 @ 6:30pm

[VIDEO] Aiman Tak Kesah Dapat RM2,500 Hasil Live Dengan Aliff Syukri, Tetap Bahagi Nafkah Pada Ibu & Siti Jamumall – “Kena Adil, Bagi Ikut Kemampuan”

Walaupun hanya memperoleh RM2,500 hasil membuat siaran langsung bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, pempengaruh, Aiman tetap tidak culas dalam menunaikan tanggungjawab terhadap dua wanita penting dalam hidupnya iaitu ibunya dan bekas isteri, Siti Jamumall.

Aiman atau nama sebenarya Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai, Aiman Tak Kesah, 21, dalam satu perkongsian video di media sosial, berkata dia hanya menyimpan RM500 untuk kegunaan sendiri manakala baki RM2,000 diagihkan secara adil kepada ibunya dan Siti.

“Nafkah saya dengan Siti RM2,000. Saya baru dapat RM2,500 hasil saya bekerja buat live dengan Datuk Aliff Syukri. Kita bagi ikut kemampuan, jangan menyiksa. RM500 untuk saya, apa pun yang berlaku, diri sendiri dulu,” katanya.

Aiman turut menekankan pentingnya berlaku adil dan bertanggungjawab walaupun jumlah pendapatan tidak seberapa.

“Ini cara pembahagian aku, RM1,000 masing-masing… kita perlu adil,” katanya lagi.

Malah, Aiman juga dilihat menghubungi ibunya untuk memastikan wanita itu bersetuju dengan jumlah yang diberikannya, apatah lagi menyedari ibunya kini sedang berdepan kesempitan hidup.

“Jom kita call ibu, tanya dia okay ke kalau saya bagi RM1,000 sebab ibu pun tengah susah sekarang,” katanya.

@umayra119

aiman nk buat pemberian nafkah gaji kerja dgn @datoaliffsyukriofficial jom tgk mcm mana dia bg nafkah untuk @sitijamumall semoga semua urusa dipermudah.. aminnn #sitijamumall #sitijamumallcerai #aiman #aimantakkesah #nafkah #cerai #talak

♬ bunyi asal – UMAYRA119 – UMAYRA119

Dalam pada itu, Aiman juga turut berusaha untuk menghubungi Siti bagi memaklumkan perkara itu tidak berjaya apabila panggilannya tidak diangkat.

Tindakan Aiman ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji keikhlasannya serta keutamaan yang diberikan kepada ibu dan bekas isteri meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Teringat Bapa Di Hospital, Aman Nassim Sebak Di Hari Pernikahan

Dengan sekali lafaz, pelakon Abdul Rahman Nasim, 29, selamat bergelar suami kepada pensyarah ASWARA, Nor Baizura Abdul Ghani, 33, tepat jam 10.35 pagi, hari ini. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Ghani Ilyas disaksikan […]

Featured Sat, 24 Aug 2024

Video Dapat Banyak Reaksi Netizen… Ada Beri Semangat, Ada Yang Cadangkan Zarina Zainuddin Ambil Ira Kazar Jadi Menantu?

Opsss! Tapi mesra betulkan siap cium pipi, peluk ketat-ketat. Bagus juga cadangan netizen tu!😍

Events Fri, 30 Nov 2018
Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Tue, 23 Mar 2021
error: Content is protected !!