Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2025 @ 5:00pm

Kereta Avanza Hijau, Kayu Sugi & Lightstick Sorot Perhatian, Kumpulan Inteam Puji Hasil Kreativiti Netizen

Menjelang berlangsungnya Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun, nama kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam, kembali menjadi sebutan dan tular di platform media sosial.

Kumpulan yang telah lebih dua dekad mengukir nama dalam industri muzik tanah air itu kini menjadi perhatian semula dalam kalangan peminat lama mahupun generasi baharu yang mula tertarik dengan lagu-lagu nasyid berunsur ketuhanan dan kasih sayang.

Ketika di temui XTRA, anggota Inteam iaitu Abdul Rahim Osman berkata, dia tidak menolak, platform media sosial memberi pengaruh besar terhadap kumpulannya itu.

Ini terbukti apabila tambahan penjualan tiket konsert dan penukaran lokasi acara terpaksa dilakukan.

“Kami tidak menyangkaselepas sahaja pengumuman Inteam bakal mengadakan konsert, kami dapati terlalu banyak video parodi lagu-lagu kami muncul di media sosial dan menjadi viral.

“Memang tak sangka Inteam masih ada peminat. Dan, pada usia 45 tahun ini, kami dapat merasai kembali zaman kegemilangan kami di tahaun 1990-an,” katanya.

 

Inteam luah rasa terharu, peminat tampil kreatif

Tambahnya lagi, anggota kumpulan Inteam berasa teruja dan seronok apabila peminat tampil dengan kreativiti masing-masing seperti, Kereta Toyota berwarna hijau, lighstick dan kayu sugi  dikaitkan dengan mereka.

“Dua tiga hari ini kami memang selalu tersenyum depan telefon kerana terhibur.

“Ramai netizen yang mungkin peminat kami memuat naik video parodi lagu-lagu Inteam dengan benda-benda mengaitkan kami seperti kereta Toyota Avanza warna hijau, kayu sugi dan banyak lagi.

“Sekaligus memberi kami idea untuk cuba menghadirkan kereta Toyota Avanza hujau itu di acara konsert nanti. Insya-Allah.

“Produk kayu sugi juga akan kami cuba bawakan mungkin didalam goodies anda? Tapi kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk semua,” jelasnya.

Dianggarkan, sebanyak 2,500 tiket akan dibuka kepad aorang ramai bagi sesi ‘battle’ kedua yang akan mula dijual pada 14 Jun depan menerusi platform Ticket Empire dan laman rasmi konsert di www.kasihkekasih.com.

 

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Istiqamah Berhijab, Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000! Bersyukur Dikurniakan Peluang Lain

Elly Mazlein menolak tawaran lumayan berjumlah RM500,000 yang memerlukan dia membuka tudung.

Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘Kami Berpisah Cara Baik’- Bekas Isteri Radhi OAG

Isteri kepada vokalis OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri
mendakwa penyanyi terbabit sudah melafazkan talak pada 25 Mac lalu.

Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
Featured Wed, 5 Jul 2023
Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Fri, 14 Aug 2020
Featured Wed, 19 Nov 2025

Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 

Haroqs, akhirnya mengambil keputusan untuk memotong gelang penjara yang dipakaikan kepadanya ketika menjadi tahanan tentera penceroboh pada Oktober lalu.

error: Content is protected !!