Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
FESYEN By: Padin May 29, 2025 @ 6:16pm

Tiga Jelitawan Bersatu… Nora Danish, Amira Othman & Amyra Rosli Bergabung Dalam Sentuhan Mewah Kontemporari

Dunia fesyen tanah air terus dirancakkan dengan kehadiran tiga figura wanita popular, Nora Danish, Amira Othman dan Amyra Rosli.

Bergabung sebagai duta jenama fesyen Amber, ketiga-tiga selebriti ini memperlihatkan aura tersendiri dalam memperkenalkan koleksi terbaharu Amber Oasis Abaya yang sarat dengan elemen elegan dan warisan Islamik.

Koleksi edisi terhad ini membawa nafas baharu dalam dunia busana abaya dengan rekaan avant-garde yang tetap mengekalkan kesopanan serta menepati cita rasa wanita moden. Amber, yang dikenali dengan pendekatan fesyen berkelas tinggi, memperkukuh kedudukannya menerusi pelantikan tiga selebriti jelitawan ini sebagai wajah utama kempen mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, kolaborasi bersama Nora, Amira dan Amyra bukan sekadar strategi pemasaran, malah simbol kepercayaan jenama terhadap keperibadian serta pengaruh positif ketiga-tiganya dalam masyarakat.

“Amber bukan sekadar jenama, ia adalah lambang kepada keyakinan dan keanggunan wanita Muslimah moden. Kami percaya bahawa setiap wanita berhak untuk bergaya dengan penuh keyakinan tanpa mengetepikan nilai dan keselesaan… Kerjasama kami bersama tiga selebriti ini… adalah usaha strategik untuk mendekatkan jenama dengan pengguna yang mengidolakan mereka sebagai wanita hebat yang tetap menjaga prinsip dan imej walau dalam dunia serba moden,” katanya.

Nora Danish menyerlahkan gaya sofistikated dan eksklusif melalui rekaan Madeena, yang hadir dalam rona lembut seperti baby blue dan purplish gold, cukup sinonim dengan personalitinya yang matang dan elegan. Amira Othman pula memperkenalkan Jumaira, rekaan kasual mewah dengan sentuhan feminin dalam warna putih, hijau mint dan coklat muda. Sementara itu, Amyra Rosli yang sering menjadi inspirasi wanita muda berkeluarga, menyarung Arora, abaya berstruktur moden yang hadir dalam rona copper brown dan midnight blue.

Setiap selebriti ini membawa nilai tersendiri yang menggambarkan aspirasi wanita Muslimah kontemporari yang tampil bergaya tanpa berkompromi dengan prinsip.

Koleksi Amber Oasis Abaya menampilkan empat rekaan utama iaitu Madeena (RM329), Arora (RM289), Jumaira (RM259) dan Sahara (RM199), masing-masing dengan karakter rekaan berbeza bagi memenuhi selera wanita pelbagai gaya.

Istimewanya, koleksi ini hanya ditawarkan dalam 500 unit bagi setiap rekaan, menjadikannya eksklusif kepada peminat fesyen yang menghargai keunikan dan kualiti. Pembelian turut disertakan dengan kotak hadiah berlapik sutera, sijil keaslian bernombor, serta jemputan eksklusif ke majlis pratonton di Kuala Lumpur Fashion Week, September ini.

Gabungan Nora, Amira dan Amyra membuktikan bahawa gaya, personaliti dan nilai keperibadian boleh berpadu dalam satu landasan fesyen dan ia menjadikan koleksi ini bukan sahaja mewah dari segi rekaan, tetapi juga sarat dengan inspirasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

LIFESTYLE Thu, 27 Dec 2018

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser?

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser? Baca Perkongsian Doktor Ini

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
LIFESTYLE Sat, 21 Apr 2018

Petanda Awal Masalah Mental atau “Hoarding Disorder”

Ada ”Habit” Suka Kumpul Barang Walaupun Dah Tak Guna? Awas, Petanda Awal Masalah Mental atau “Hoarding Disorder”

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

「世界最长城市溜索开幕」边溜边欣赏伦敦

你可能没想过,原来现在世界许多大城都流行起「城市溜索」的玩法,现在世界上最快、最长的溜索出现在伦敦南部的大主教公园,溜索总长225公尺,时速可达80公里,不仅有点挑战性,更提供了城市的新体验。

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

LIFESTYLE Thu, 4 Oct 2018

Ismail, Fatimah Pilihan Nama Paling Popular Di Malaysia

Nama yang paling panjang tercatat untuk tahun lalu iaitu Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

Nak Rumah Tangga Harmoni, Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah

nak rumahtangga kenalah ringan tangan ya bukan mengharap pada di isteri sahaja

Fab Foodies! Tue, 22 Jan 2019

Learn to Make Your Own Special CNY Cookies to Serve Visitors This Year

It’ll be special, hand-made and absolutely delectable.

error: Content is protected !!