Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2025 @ 3:49pm

[VIDEO] “Aku Boleh Bagi Rasa Sayang Sepenuhnya, Tapi Wanita Itu Perlu Hormat Aku 100%” – Sharnaaz Ahmad Anggap ‘Content’ Lelaki Takut Isteri Memalukan

Pelakon, Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dia masih belum menemui seorang wanita yang boleh memahami pemahamannya mengenai konsep rumah tangga di mana seorang isteri perlu mentaati suaminya.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram (IG), Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Datuk Basir Ahmad, 40 mahu mencari seorang isteri yang memberi rasa hormat 100% terhadap suami.

“Aku duda sampai sekarang sebab aku rasa belum ada lagi perempuan yang aku jumpa boleh faham konsep itu. Aku boleh bagi kasih sayang sepenuh hati, tetapi aku perlukan hormat dari isteri 100%. Kalau aku jumpa, insya-Allah, aku nikah.

“Ya, aku memang gatal sebab masih bujang. Tapi kalau aku dah ada isteri, aku tak akan curang sebab aku tak suka. Aku tak reti menipu, kalau menipu akan kantoi.

“Aku hormat bekas isteri aku, bekas kekasih wanita aku, walaupun ada yang kami berpisah dalam keadaan tak baik,” katanya.

Dalam pada itu, aktor filem popular Blood Brothers ini turut mengakui dia tidak berkenan atau tidak bersetuju dengan cara segelintir lelaki membuat ‘content’ takut isteri.

“Kalau pasangan dah jadi isteri, tiba-tiba dia nak kawal semua benda bagi aku benda itu tak adil sebab itu aku cukup pantang dan tak suka orang buat content ‘takut bini’. Itu satu benda yang memalukan sebagai lelaki.

“Kita bukan takut isteri, tapi cukup hormat dia. Kalau suami kata isteri kena duduk diam, jadi dia kena duduk diam. Kalau isteri melawan, maknanya dia tak takut dengan suami.

“Bila isteri tak takut dan tak hormat dengan suami, dia tak layak duduk serumah dengan kau sebab kau akan jadi takut pula dengan dia. Kalau isteri yang provide dalam rumah tangga, dia kena tau position dia di mana, isteri adalah orang kanan suami saja.

“Iya, kena sayang dan jaga sebaik mungkin, tetapi kena ingat jangan ‘abuse’, sebab dia akan jadi ‘abusive’ balik sebab dia tahu suami akan tetap bagi macam-macam. Apa pun, jangan ambil kesempatan kepada kaum wanita,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Featured Fri, 3 Sep 2021

KKM Bincang KPM Wajibkan Guru Ambil Vaksin

Susulan terdapat isu sesetengah guru yang menolak vaksin, Kementerian Kesihatan dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana langkah […]

Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Dikritik Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Ini Respons Padu Isteri Azlan Komeng – “Sampai Bila Wanita Nak Dib*dohkan?”

Perghh, pedas dan padu respons isteri Azlan Komeng ni 🥵 Min respect! Isteri yang sangat kuat

Trending Fri, 27 Mar 2020
error: Content is protected !!