Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 6:28pm

[VIDEO] Aaron Aziz Cari Bekas Pelajar Henry Gurney Sertai Ujibakat – “Ini Peluang Untuk Anda”

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz, mencuri perhatian warganet apabila tampil mengajak bekas pelajar Sekolah Henry Gurney menyertai sesi ujibakat bagi sebuah projek yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Aaron, 48, secara terbuka menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan individu yang pernah menjalani pemulihan di institusi tersebut.

“Kalau anda adalah bekas pelajar Henry Gurney, saya ingin bekerjasama dengan anda. Saya perlukan anda, nantikan ujibakat yang saya akan lakukan dalam bulan enam. Ini peluang untuk anda untuk kita buat satu cerita sejarah, datang ujibakat ini,” katanya.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci projek berkenaan, pelakon filem KL Gangster itu memberi bayangan projek tersebut bakal mengangkat kisah yang sarat dengan mesej sosial serta nilai kemanusiaan.

Usaha Aaron itu turut menerima pujian ramai netizen yang menyifatkannya sebagai satu langkah positif dalam memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah melalui episod gelap dalam hidup.

Di ruangan komen, ramai memberikan sokongan serta menyatakan keterujaan untuk melihat hasil akhir projek tersebut.

Difahamkan, ujibakat yang dimaksudkan akan dijalankan sekitar bulan Jun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Fizz Fairuz Kini DiGelar Datuk

Fizz Fairuz dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk

Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Mon, 11 Nov 2019
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
error: Content is protected !!