Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2025 @ 5:20pm

“Beraninya Mereka Jadikan Neraka Sebagai Gurauan”- PU Syed

Pendakwah bebas popular, PU Syed tampil menegur tindakan seorang pempengaruh dari negara Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan gurauan.

Kata PU Syed, individu berkenaan tidak sepatutnya melakukan perkara demikian memandangkan ia adalah perkara yang perlu dijauhkan.

Malah, mengikut al-Quran dan hadis, neraka itu adalah tempat di mana azab sangatlah hebat.

“Saya ada dapat satu video daripada negara Indonesia, ada seorang individu buat kandungan video yang dia berada dalam neraka.

“Dalam video tersebut dia berkata itu adalah hari pertama dia berada dalam neraka. Sepertimana yang tertera pada video tular tersebut. Betapa beraninya manusia ini yang membuat neraka ini sebagai satu gurauan.

“Sedangkan neraka ini Nabi SAW ajar kepada kita untuk kita elak daripada azab neraka. Minta kepada Allah untuk kita jauh daripada azab neraka.

“Tiba-tiba ada pula individu muncul yang buat kandungan video duduk dalam neraka. Dan dia menyatakan neraka itu seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya.

“Tapi hakikatnya rujuklah ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW, neraka ini adalah satu tempat yang sangat tidak terperi azabnya,” katanya.

Perkara itu dikongsi PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Mengulas lanjut, PU Syed juga berharap agar pihak berkuasa di negara berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan yang disifatkannya sebagai kurang waras.

“Minta kepada pihak berkuat kuasa di sana untuk ambil tindakan kepada individu tersebut takut dia kurang waras.

“Kalau dia tidak waras dapatkan rawatan, kalau dia waras kenakan tindakan kepada penghinaan terhadap ketetapan Allah SWT dan kalau bukan dia kafir tunggulah azab balasan yang sebenar-benarnya seperti yang kamu mainkan pada video tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, sepotong video pendek tular di TikTok memperlihatkan seorang pengguna media sosial tampil dengan kandungan video berlatarbelakangkan keadaan neraka.

Tindakan tersebut sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menganggap kandungan video berkenaan sangat keterlaluan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

Abby Abadi Tegur Norman Hakim, Minta Jangan Beria Tunjuk Jadi Bapa Mithali

Abby menegur Norman agar tidak perlu menunjukkan seolah-olah menjadi bapa mithali

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Adi Putra Nikah Semula Lagi?

peminat Adi Putra apabila pelakon berkenaan telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.   “Syukur […]

Hiburan Sat, 30 Nov 2024

Famili Duo 4: Thamiera Chan Mengaku Terasa Hati Dengan Komen Mas Idayu – “Ketika Itu Saya Berhati Tisu, Tapi Tidak Berdendam”

Thamiera Chan mengaku terasa hati dengan komen Mas Idayu di minggu kelima Famili Duo 4.

Featured Fri, 26 Nov 2021
Featured Mon, 30 Sep 2019
Featured Fri, 24 Feb 2023
error: Content is protected !!