Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2025 @ 7:48pm

Dari Youtuber ‘Fingerstyle’ Ke Penyanyi Solo, Anwar Amzah Tampil Single Sulung ‘Imaginasi’

Gitaris fingerstyle terkenal, Anwar Amzah, kini membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya dengan pelancaran single sulung berjudul ‘Imaginasi’.

Membuka langkah sebagai penyanyi solo, Anwar Amzah kini menampilkan sisi baharunya menjadi penyanyi dan pencipta rasa menerusi lirik lagu ciptaannya.

‘Imaginasi’ menampilkan gabungan unik elemen ‘fingerstyle’ yang menjadi identiti seninya, digabung dengan susunan muzik moden yang lebih dekat dengan citarasa generasi muda.

“Saya ingin berkongsi sisi lain diri saya sebagai seorang penyanyi.

“Lagu Imaginasi adalah ekspresi perasaan saya, dan saya berharap pendengar dapat merasai emosi yang ingin saya sampaikan,”ulasnya.

Anak muda kelahiran Kluang, Johor ini pastinya bukan lagi asing di kalangan peminat muzik gitar. Dengan lebih 12 tahun pengalaman sebagai YouTuber muzik yang menampilkan teknik fingerstyle, Anwar telah membina reputasi sebagai pemuzik berbakat besar yang berjaya memikat jutaan tontonan menerusi persembahan akustik yang tular.

Sejak tiga tahun lalu, Anwar berada di bawah naungan pengurusan Mask Team, dan telah menjadi pilihan ramai artis terkenal tempatan dan luar negara sebagai pengiring gitar termasuk Hael Husaini, Marsha Milan, Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri, dan Nabila Razali.

Malah, dia juga pernah menjalin kerjasama dengan nama-nama besar dari Indonesia seperti Datuk Rossa, Mahalini, Govinda, Keisya Levronka, Bernadya, dan Fabio Asher.

Bahkan, minat mendalam Anwar terhadap muzik bermula sejak usia lima tahun, dan kini, dia sudah bersedia untuk membawa penonton ke dalam dunia ‘Imaginasi’  yang penuh emosi dan ekspresi peribadi.

Justeru, pelancaran ‘Imaginasi’ bukan sekadar pengenalan kepada suara baharu dalam industri, tetapi juga lambang keberanian seorang pemuzik yang berani melangkah keluar daripada zon selesa untuk terus berkembang dalam dunia seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Mungkin nak bawa pembaharuan gitu!!! Tak baik tau cakap tak layak

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Elfira Loy Belanja RM10,000 Mekap Di LA

Berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

Featured Mon, 4 Nov 2019

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah. […]

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

error: Content is protected !!