Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 7:00pm

REV Media Group Bawa 200 Penonton Terdiri Dari Anak-Anak PPR Ke Tayangan Filem Ejen Ali The Movie 2

Syarikat peneraju penerbit digital Malaysia, REV Media Group (REV) meraikan  200 penonton terdiri dari 100 komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang dan 100 kakitangan serta keluarga REV dalam satu pengalaman sinematik yang menghiburkan dan menyentuh hati.

Tayangan istimewa Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) ini adalah sebahagian daripada inisiatif Tech For Good di bawah teras sosial ESG syarikat tersebut yang direalisasikan hasil kerjasama istimewa bersama Primeworks Studios dan Pepper Labs.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Lebih menarik, kemunculan maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia menceriakan lagi kanak-kanak yang hadir menjadikan tayangan ini bukan sekadar aktiviti berhibur, tetapi juga momen berharga kepada mereka yang jarang berpeluang menonton filem di panggung wayang.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, pihaknya bersyukur dapat membawa filem animasi Malaysia paling laris ini kepada komuniti yang mungkin tidak berpeluang menontonnya.

“Program Tech For Good adalah cerminan komitmen kami dalam menggunakan teknologi dan media untuk membawa perubahan bermakna,” ulasnya.

Filem Ejen Ali The Movie 2 merupakan filem animasi epik yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM40.6 juta dan terus mencipta fenomena bukan hanya di pawagam, malah dalam kehidupan masyarakat.

Inisiatif ini menyerlahkan keprihatinan REV Media Group dalam menyumbang kepada masyarakat dan memanfaatkan platform digital mereka bagi merapatkan jurang sosial serta menyemai semangat perpaduan menerusi hiburan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Mula-mula Dating, Aiman Ajak Zahirah Makan Roti Canai Je?

Siapa kata artis ‘high maintenance’? hehe

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Featured Wed, 22 Jun 2022

Diminta Hadiahkan Set Kain Kapan Untuk DSV, Cik B Bidas Kritikan Netizen – “Kesian? Lol Saya Bertuah Dapat Ibu Macam Mama”

Betul lah kata Cik B tu kita tak boleh terus judge seseorang sebab satu kesalahan yang dibuat 😊

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Datin Shahida Tutup IG Anak Angkat

Siapa saja yang tak ikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan. Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik […]

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Luar Biasa

Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari. Nak ambil ubat, risau bahayakan kandungan pula…

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Jarang Kongsi Gambar Keluarga, Apa Alasan As’ad Motawh?

Single terbaharu As’ad bakal berada di channel Youtube milik remaja popular ini pada hari Jumaat bermula jam 9 malam!

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Haa, agak-agak statement tu Adira tuju pada siapa??? Cuba teka…

error: Content is protected !!