Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 6, 2025 @ 12:54pm

Sheila On 7 Kembali Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil 26 Jun Ini

Kumpulan popular dari Indonesia, Sheila On 7 secara rasmi akan kembali ke Malaysia.

Kumpulan lagenda itu bakal menggegarkan pentas  festival antara dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia di Latihan Pestapora.

Bakal berlangsung pada 26 Julai depan, lokasi acara juga telah dipindah ke lokasi baharu iaitu, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Susulan sambutan hangat terhadap pengumuman barisan artis Fasa 1 pada bulan Mei lalu, festival ini sekali lagi tingkatkan skala dengan pengumuman barisan Fasa 2 yang menampilkan artis tersohor seperti,  Sheila On 7,  Nadin Amizah, dan ALVN.

Menurut Rohit Rampal selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group berkongsi, festival ini bakal menjadi kenangan buat semua peminat yang hadir.

“Sheila On 7 bukan sekadar kumpulan muzik tetapi mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem satu generasi.

“Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi ia adalah detik yang bersejarah. Dengan Stadium Nasional sebagai lokasi baharu, kami bersedia untuk mengukir sejarah festival muzik di Malaysia,”  katanya.

Manakala bagi Kiki Ucup, Pengarah Boss Creator, Festival Pestapora merupakan festival yang menyatukan muzik dan komuniti.

“Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.

“Dengan Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN sebagai tambahan dalam lineup, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan,” jelasnya.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, pasukan asal di sebalik kejayaan festival ikonik Pestapora di Jakarta, edisi Malaysia ini bakal menghidupkan semangat muzik Nusantara dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Sekadar info, tiket fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun ini pada jam 12 tengahari atau boleh dapatkan dengan melayari lama sesawang www.latihanpestaporamalaysia.com.

KATEGORI TIKET FASA 2 BAHARU:

  • Rockzone (Free Standing) – RM299
  • GA (Free Standing) – RM249
  • CAT 1 (Numbered Seat) – RM399 Kategori Baharu
  • CAT 2 (Numbered Seat) – RM189 Kategori Baharu

Latihan Pestapora Malaysia 2025 turut menampilkan barisan artis yang hebat, termasuk artis kegemaran dari Indonesia dan Malaysia seperti Feast, Hindia, Pamungkas, Feel Koplo, Bittersweet, Bunkface, DOLLA dan ramai lagi-menjadikannya pengalaman muzik silang budaya yang sebenar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Sep 2020
Trending Sun, 6 Dec 2020

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Ni identiti lelaki yang gantikan Judika masa SFMM25 hari tu!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Trending Sun, 19 May 2019

菲总统发表演讲被蟑螂「附体」了!

菲律宾总统罗德里戈·杜特尔特(Rodrigo Duterte)日前在一场竞选集会上发表演讲时,发生一个有意思的小插曲……

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Fri, 10 Apr 2020
Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Trending Wed, 2 Jun 2021
Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

error: Content is protected !!