Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 6, 2025 @ 3:12pm

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Pelakon Saidah Kamarudin menyelar tindakan abang kepada bekas tunangnya iaitu Firdaus Ghufran yang sebelum ini melabelnya sebagai ‘perempuan murah’.

Kata Saidah ketika ditemu bual bersama program Melodi, dia berharap agar Firdaus tidak sewenang-wenangnya menggelar dirinya perempuan murah memandangkan dia dan Muntazar pernah menjalin hubungan cinta.

“Murah tak murah, jangan simply label perempuan murah. Sebab saya dengan adik awak pernah bercinta.

“Bukan semuanya buruk ada sahaja benda baik. Cumanya kami tak ada jodoh.

“Jadi tak perlu lagi nak memburukkan keadaan. Suruh adik you move on dan jangan kacau hidup saya lagi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dituduh ambil pil dan tak move on

Dalam pada itu, Saidah, 28, menjelaskan, sebelum ini hubungannya bersama Muntazar berada dalam keadaan baik meskipun kedua-duanya sudah memulangkan cincin pertunangan.

Namun, tindakan Muntazar menggodam akaun TikTok miliknya dan menghantar beberapa kiriman mesej kepada rakannya dengan mendakwa dia mengambil pil, stress dan tidak boleh move on memberi kesan terhadap dirinya.

“Sebenarnya saya langsung tak nak aibkan sesiapa sebab benda ni kami dah putus dari bulan Oktober kami berbincang dan pulang cincin pada bulan Mac dan dah settle elok.

“Kami juga sudah bermaafan dan saya rasa benda ni juga sudah clear.

“Cuma, benda ni timbul bila dia hack akaun TikTok dan komen live TikTok kawan saya cakap yang saya ambil pil sebab saya stress dan tak boleh move on dia nak kahwin lain. Dan maki dia dan nak get back semula.

“Apa hak dia untuk komen dekat TikTok kawan saya? Padahal kita berdua dah settle cara elok. So, saya tak faham kenapa perkara ini terjadi. Kalau saya nak cerita memang saya dah cerita bulan Oktober lalu,” jelasnya.

Kenyataan tular hanya untuk pertahankan diri

Bagaimanapun, Saidah mengaku khilaf mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya memang tak ada niat nak mengaibkan tapi saya terpaksa cerita untuk defend diri sendiri. Saya penat shooting, kemudian dia posting macam-macam dan itu memberi kesan kepada kerjaya saya dalam beberapa bulan.

“Dan, apa yang menyebabkan saya terkeluar statement itu adalah sebab saya tak boleh control emosi saya… padahal saya dah simpan lama elok-elok. Dan saya mengaku silap saya  terkeluar benda tu bukan niat saya sebenarnya. Jujur, itu adalah silap dari pihak saya.

“Benda ni libatkan banyak fitnah, tuduhan yang tidak betul. Jadi saya harap semua ini berhenti.

“Yang mulakan adalah awak (Muntazar) bila awak start hack akaun TikTok saya. Kalau awak tak hack, saya takkan berbunyi macam ni.

“Saya bukan budak-budak. saya mahu perkara ni berakhir. Saya ada simpan video-video yang lain, tapi saya tak dedahkan, untuk apa? Muntazar put an end to this.

“Saya sangat penat dan saya dah lama move on. Saya harap awak move on juga. Dan tolong jangan play victim,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Oct 2020
#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Trending Mon, 20 Jul 2020

Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Dalam sidang media yang berkangsung hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan […]

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Diana Danielle Kongsi Tips Lawan ‘Anxiety Attack’

One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Pada Hari Raya”- Azhan Rani Sebak, Kenang Arwah Bapa

Azhan Rani mendedahkan dia sudah lama tidak memakai baju Melayu setiap kali sambutan Hari Raya.

Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Trending Tue, 28 May 2024
error: Content is protected !!