Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2025 @ 2:49pm

[VIDEO] Menyamar Sebagai Pelayan, Uyaina ‘Surprise’ Peminat Sampai Menangis Terharu

Seorang wanita yang tidak mampu menahan air mata selepas berdepan kejutan istimewa daripada selebriti kesayangannya, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad.

Menerusi video di platform TikTok, Uyaina telah menyamar sebagai pelayan di restoran sebuah hotel demi merealisasikan impian seorang peminat.

Bercerita lebih lanjut, kejutan itu dirancang selepas dia menerima mesej peribadi daripada suami wanita terbabit yang menceritakan betapa isterinya amat mengagumi Uyaina.

“Suami dia kata isterinya peminat tegar dan selalu menceritakan tentang saya pada suaminya setiap hari. Dia minta bantuan saya untuk menggembirakan isterinya,” katanya.

Kejutan itu diatur di sebuah restoran hotel terkemuka ibu negara, dengan kerjasama pasukan produksi dan suami wanita berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan, Uyaina dilihat berpakaian seperti pelayan dan menghampiri pasangan suami isteri itu untuk mengambil pesanan.

Reaksi spontan wanita tersebut yang tergamam sebelum menitiskan air mata dan memeluk Uyaina meraih perhatian ramai.

“Hampir sembilan tahun bergelar seorang anak seni, ini kali pertama Uyaina buat kejutan untuk seseorang yang memberi makna dan menyokong perjalanan seorang Uyaina Arshad dalam industri seni tanah air.

“Segan sebenarnya untuk cakap yang kita ada peminat, sebab entah lah. Rasa diri ini masih terlalu hijau dalam industri ,” tulis Uyaina di kapsyennya.

Rata-rata warganet memuji tindakan Uyaina yang dianggap sebagai rendah diri, mesra dan tidak lokek menggembirakan peminat.

@uyaina.arshad

Surprise buat seorang ‘peminat’ ♥️ Hampir 9 tahun bergelar seorang anak seni, ini kali pertama Uyaina buat kejutan untuk seseorang yang memberi makna & menyokong perjalanan seorang Uyaina Arshad dalam industri seni tanah air. Segan sebenarnya untuk cakap yang kita ada peminat, sebab… Entah lah. Rasa diri ini masih terlalu hijau dalam industri 🥹 Terima kasih En.Zulfadzli sebab DM Uyaina untuk memberi kejutan kepada isteri tersayang. Menjadi jugak plan kita walaupun sebenarnya dah kantoi tang kening & mata 🤪 Jujur, Yana yang rasa happy & sangat lucky sebab dapat kenal korang berdua. Such a sweet & loving couple! Happy Anniversary & semoga ulangtahun perkahwinan kalian kali ini, akan menjadi kenangan terindah yang akan diingati sampai bila2 ♥️ Thank you to my team @FypMedia @Curicuriklik 📸 for helping me to plan & execute this. And special shout out to St Giles Boulevard Hotel for making this surprise a very memorable one. Much love, UA

♬ original sound – UyainaArshad – UyainaArshad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Shukri mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak drama cinta dan emosi

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

Anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Featured Tue, 23 Jun 2026

Iman Troye Ambil Langkah Berani Rakam Semula Lagu ‘Terasing’ 

Iman Troye mengambil langkah berani apabila merakamkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Mila Mohsin Komen Isu ‘Nepo Baby’, Dedah Jalani Uji Bakat Sebelum Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Trending Mon, 6 Jan 2020

The Reasons Why Mangala Spa Is The Ultimate Detox And Beauty Retreat For You!

Pamper yourself at the first ever ecological spa!

error: Content is protected !!