Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2025 @ 2:10pm

Anggi Marito Akui Persaingan Sengit Di Indonesia – “Setiap Hari Muncul Berpuluh Penyanyi Baru”

Penyanyi berbakat dari Indonesia, Anggi Marito, 23, tidak menafikan cabaran besar yang perlu ditempuh anak seni di negaranya apabila saban hari muncul penyanyi baharu yang cuba mencipta nama dalam industri hiburan.

Menurut bekas peserta Indonesian Idol musim ke-11 itu, industri muzik di negaranya kini tidak pernah sunyi dengan kemunculan wajah-wajah baharu, sehinggakan setiap hari menyaksikan puluhan penyanyi muda mencuba nasib untuk menembusi pasaran muzik.

“Hampir setiap hari ada saja penyanyi solo baharu yang muncul. Bukan seorang dua, tapi puluh-puluh orang. Mereka berkongsi video nyanyian di media sosial seperti TikTok dan Instagram.

“Disebabkan terlalu ramai bakat baru yang muncul, bukan mudah untuk kekalkan nama dalam industri. Sebagai penyanyi, kita perlu tampil dengan lagu yang benar-benar berkualiti agar terus diingati,” jelasnya.

Anggi ditemui ketika majlis pelancaran lagu duet terbarunya bersama penyanyi tersohor Malaysia, Ernie Zakri, berjudul Kisah Penuh Kecewa baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anggi mengakui dia tidak terlalu tertekan untuk menghasilkan lagu yang viral, sebaliknya mahu terus berkarya secara konsisten dan jujur.

“Saya tidak letakkan tekanan untuk cipta lagu yang mesti jadi ‘hit’. Apa yang lebih penting bagi saya ialah untuk terus berkarya dan menghasilkan muzik yang berkualiti dari hati,” katanya.

Gementar Sebelum Duet Dengan Ernie Zakri

Berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Ernie Zakri, Anggi tidak menafikan perasaan gementar yang dirasainya pada awal pertemuan, apatah lagi mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

“Pada mulanya saya rasa sangat berdebar sebab kami tak pernah berkenalan. Tapi saya tahu Kak Ernie memang antara penyanyi wanita paling berbakat di Malaysia dan vokalnya sangat mantap.

“Bila dapat tahu kami akan berduet, saya anggap itu rezeki besar. Lepas kenal, saya dapati Kak Ernie sangat mesra, baik dan profesional. Kami pun tak ambil masa lama untuk rakam lagu ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Saya Tak Pernah Rasa Diri Cantik” – Sarimah Ibrahim Akui Sentiasa Ada Kekurangan

Sarimah juga tidak kisah melakukan adegan aksi sendiri demi memastikan setiap babak dilakonkan tampak lebih realistik

Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Eyka Farhana Gementar Tapi Teruja, Persiapan Nikah Hampir Selesai

Persediaan majlis kahwin Eyka Farhana Akhyar Rashid 80 peratus

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Henti Promosi Produk Kesihatan, Fattah Tak Mahu Lagi Tipu Peminat

Universal Music, bersama pihak peguam akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

Trending Wed, 17 Oct 2018

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

error: Content is protected !!