Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 16, 2023 @ 1:49pm

Single Mula Curi Perhatian Pendengar Seberang, Azura Pedora Gembira Nama Semakin Dikenali Di Indonesia

Penyanyi Azura Pedora atau nama sebenarnya, Azura Lisa Aziz memberanikan diri untuk mencuba nasib di Indonesia dengan mempertaruhkan lagu Kemarau Cinta pada 2015.

Kini mula menempa nama di Indonesia, Azura bersyukur karier nyanyian mendapat perhatian peminat muzik seberang.

“Alhamdulillah, lagu Kemarau Cinta mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar di Indonesia.

“Malah, setiap lagu dendangan saya yang diputarkan di kebanyakan stesen radio membolosi carta Top 1 Hits di Indonesia.

“Antaranya, lagu Ku Tahu Kau Di Hatiku, Atas Kehendak Mu, Ikatan Kasih, Hari Hari Berhari Raya dan Tingkah Aidilfitri,” katanya.

Azura berkata, lagu Ikatan Kasih yang dihasilkan pada 2016 sehingga kini masih menduduki carta Top 1 Hits di Indonesia.

“Manakala, lagu duet bersama penyanyi dangdut Indonesia, Khairat KDI berjudul Again Dan Lagi Dan Lagi masih menduduki carta Top 1 Hits membolosi carta di 11 stesen radio di Indonesia,” katanya.

Menyentuh kolaborasi bersama penyanyi berasal dari Padang, Indonesia, Khairat KDI, Azura berkata, lagu Again Dan Lagi Dan Lagi ciptaan dan lirik oleh penerbit yang juga komposer dari Singapura, Denzai ZBH.

Denzai ZBH yang juga suami Azura adalah penerbit lagu Again Dan Lagi Dan Lagi, manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer Indonesia, Ruby Wahyu.

“Rakaman vokal lagu Again Dan Lagi Dan Lagi ini dihasilkan di sebuah studio di Sukabumi, Jawa Barat ketika saya mengadakan konsert siri jelajah ketiga di Indonesia pada Disember tahun lalu,” katanya.

Mengulas konsert siri jelajah ketiga di Indonesia, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, ia dijayakan bersama artis ZBH Music pada penghujung tahun lalu.

“Konsert ini mendapat sambutan hangat peminat. Saya bersama Khairat KDI yang juga artis di bawah naungan ZBH Music menghiburkan peminat dalam beberapa siri persembahan.

“Saya mempromosikan lagu Atas Kehendak Mu, manakala Khairat KDI pula mempertaruhkan lagu Cinta Warna Iris. Dua-dua lagu ini ciptaan oleh Denzai ZBH,” katanya.

Kata Azura lagi, dia juga sedang rancak mengadakan promosi lagu Atas Kehendak Mu di beberapa stesen radio di Jakarta, Sukabumi, Makasar dan Bali.

“Selain itu, saya dan Khairat KD berpeluang bertemu peminat dan mengadakan persembahan di Sukabumi dan Makasar, tahun ini,” katanya yang mula menyanyikan lagu kerohanian selepas berhijab pada 2018.

Mengulas namanya lebih dikenali di Indonesia berbanding Malaysia, Azura berkata, dia lebih suka melihatnya dari sudut positif.

“Saya akui penerbit lagu, Denzai ZBH lebih banyak berkolaborasi dengan komposer di Indonesia, jadi nama saya kurang dikenali di Malaysia.

“Saya sering berulang-alik ke Indonesia bila terbabit dengan acara dan promosi lagu.

“Selain Indonesia, saya juga memiliki satu pasukan yang mempromosikan dan menerbitkan single dan album di Perth, Australia,” katanya.

Pada 2010, album pertama berjudul Kita Ke Akhirnya dilancarkan di Perth, ia diikuti album kedua, Terus Ke Hati yang menggunakan khidmat Denzai ZBH sebagai penerbit memilih negara Kangaru itu untuk meraikan majlis pelancaran album.

Azura berkata, dia bernasib baik suaminya, Denzai ZBH memiliki taraf penduduk tetap Australia dan pernah menetap di sana selama beberapa tahun.

“ZBH Music yang bertapak di Perth milik suami menyunting saya sebagai artis pertama dan kekal hingga hari ini,” katanya.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh kerjayanya sebagai penyampai radio, Azura berkata, dia baru sahaja berkhidmat di stesen radio KLFM sejak November tahun lalu.

“Sebelum ini, saya bertugas di Johor FM lebih sepuluh tahun. Sebagai penyampai radio, saya bertuah diberikan peluang mengasah bakat dalam bidang nyanyian.

“Jadual kerja saya juga teratur seperti dijadualkan walaupun sibuk memenuhi undangan nyanyian di Indonesia dan Australia,” katanya.

Sebelum ke Johor FM, Azura bersama stesen radio, Muzik FM selama 10 tahun.

Bagaimanapun, apabila stesen radio Muzik FM dijadikan radio dalam talian, Azura diserapkan sebagai pembaca berita, pengacara dan wartawan penyiaran selama setahun, sebelum bertukar ke Johor FM.

Mengimbas latar belakang sebagai penyanyi, Azura mula bergiat aktif dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah, malah sering memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di seluruh Malaysia.

Bakatnya dalam bidang nyanyian berkembang apabila dilamar syarikat rakaman dan pengurusan, ZBH Music yang menghasilkan lagu untuk pasaran Indonesia dan Australia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!

Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

四叶草:成为网红并不难,能红多久才重要!

超人气新生代女神Joyce四叶草担任《你能有多红 – 创意视频竞赛》宣传大使!推介礼上,她坦言要成为网红并不难,唯能红多久,要怎么求上进才最重要。

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Guna Nama Tanpa Izin, Pak Nil Buat Laporan Polis!

Terutama mereka yang berada di Kuching, saya dapat berita ada menggunakan nama Pak Nil tanpa kebenaran. Katanya sebuah kedai jual alat elektrik.

Featured Tue, 7 Jun 2022
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Beliau mahu menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak Danial Rayyan yang menghadapi ekzema kritikal.

error: Content is protected !!