Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2026 @ 11:12am

Netizen Dakwa Nabila Huda Berlakon ‘Biasa Je’, Puteri Aishah Tampil Backup – “She Is Very Talented! Kalau Tak Pernah Berlakon Jangan Judge”

Pelakon Puteri Aishah tampil mempertahankan Nabila Huda selepas seorang individu mendakwa lakonan aktres berkenaan sekadar ‘biasa sahaja’.

Kata Puteri atau nama lengkapnya, Puteri Aishah Sulaiman, 31,  Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat dan memiliki aura tersendiri terutamanya ketika berada di atas pentas.

Dan, sebagai seorang yang pernah berlakon bersama, Puteri berasa kagum dengan bakat yang dimiliki Abil.

“No, she is very talented. Tak ramai orang boleh berlakon atas stage macam ni. Dia ada high stage presence yang tak semua orang ada.

“Pernah satu frame dengan dia and dia boleh gelak-gelak lepastu ‘action’ boleh menangis just like that,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Akuinya, setiap dialog yang disampaikan Abil juga mampu memberi kesan emosi kepada pelakon lain termasuk dirinya sendiri.

“Setiap dialog yang dia bagi, I boleh rasa. If tak pernah berlakon atas stage or on set. Don’t judge please,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang individu tampil mengulang siar hantaran Abil berkenaan kejayaan yang diraih menerusi pementasan berbahasa Inggeris, ‘Visits’ menerusi pencalonan di Anugerah 21st Boh Cameronian Arts dalam dua kategori selain tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi watak Malam dalam Teater Mas Moona baru-baru ini.

Dakwa individu berkenan, lakonan Nabila bertaraf ‘biasa’ sahaja sekali gus berpendapat, aktres  itu istimewa hanya kerana mempunyai kulit sawo matang yang tidak ramai dimiliki pelakon lain.

“Kalau nak jujur. Nabila Huda berlakon biasa je. Anytime kalau dia di kaca televisyen atau dalam filem, nampak betul dia berlakon. Bukan memainkan watak dan hidupkan watak tu. Dia hanya berlakon.

“Maybe sebab hype pelakon tan skin tak ramai kot,” ulas individu tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Setiap Manusia Buat Silap, Beri Saya Peluang Kedua…

Saya bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada hari Jumaat bagi mengetahui masalah sebenar sama ada menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.

Hiburan Thu, 8 Feb 2024

Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

Lain orang lain ujiannya 😌 Yang mengecam tu pun tak tahu apa ujian yang bakal menanti 😬

Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

Trending Sun, 28 Apr 2019

Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak Kaki Kekasih Hancur

Teman Lelaki Langgar Kekasih Sampai Hancur Kaki, Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Fri, 17 Apr 2026

Kasih Iris Leona Beri Amaran, Tak Selesa Dikejar Di Jalan Raya – “Jangan Drive Sebelah Kereta, Turunkan Tingkap, Lambai & Harap Saya Buat Benda Sama!”

Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

error: Content is protected !!