Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 9, 2025 @ 6:54pm

Ungu Raikan 29 Tahun Karier Dengan Konsert Orkestra di Kuala Lumpur Pada 12 Julai Hadapan!

Setelah hampir tiga dekad mewarnai industri muzik Nusantara, kumpulan rock popular dari Indonesia, Ungu, memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk mementaskan konsert orkestra penuh mereka sempena ulang tahun ke-29 penubuhan kumpulan tersebut.

Konsert yang diberi judul 29th Anniversary Symphony of Ungu bakal berlangsung pada 12 Julai 2025 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dan dijangka menjadi antara persembahan paling istimewa dalam sejarah perjalanan seni Ungu. Ia merupakan gabungan eksklusif muzik pop rock dan orkestra, menampilkan susunan lagu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.

Penganjuran konsert ini oleh AVG Entertainment dianggap bukan sekadar sebuah acara ulang tahun, malah sebagai manifestasi kematangan Ungu dalam evolusi muzik mereka. Menurut vokalisnya, Pasha, Malaysia sentiasa meninggalkan memori manis buat mereka dan sambutan peminat di sini dirasakan seperti ‘pulang ke kampung halaman’.

“Setiap kali kami tampil di Malaysia, suasana terasa sangat istimewa. Macam balik kampung. Peminat di sini selalu beri tenaga luar biasa yang buat kami ingin kembali lagi dan lagi,” ujar Pasha kepada media Indonesia sebelum pengumuman rasmi konsert dibuat.

Konsert ini turut menyatukan tenaga lima anggota Ungu, Pasha (vokal), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (bass) dan Rowman (dram) yang menyifatkan persembahan ini sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan kolektif mereka.

Makki memaklumkan, konsep dan susun atur pentas, pencahayaan serta pemilihan lagu disusun rapi bagi membawa penonton menelusuri kisah Ungu dalam suasana yang lebih megah dan menyentuh emosi. Enda pula menekankan bahawa proses pemilihan lagu dilakukan secara teliti supaya setiap karya yang dibawakan sesuai dengan pendekatan orkestra dan memberikan impak perasaan yang mendalam.

“Kami mahu setiap lagu yang dipersembahkan nanti sesuai dengan konsep orkestra. Ini bukan hanya tentang nyanyian, tapi bagaimana muzik itu dapat dirasa dari dalam hati,” katanya.

Bagi Pasha, rahsia kejayaan Ungu kekal kukuh selama hampir 30 tahun terletak pada hubungan sesama anggota kumpulan yang dianggap seperti sebuah keluarga. Katanya, komunikasi terbuka dan saling menghormati menjadi asas dalam mengekalkan kerjasama mereka.

“Kami berbincang bila ada isu. Kami tidak biarkan masalah membusuk. Setiap orang ada pendapat, dan kami hormat satu sama lain. Itulah sebab kami masih bersama selepas hampir tiga dekad,” jelasnya.

Konsert ini juga menjadi ruang buat Ungu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong sejak era hit popular mereka seperti Demi Waktu, Andai Ku Tahu, dan Tercipta Untukku. Penganjuran di Kuala Lumpur mengukuhkan lagi ikatan istimewa antara Ungu dan peminat Malaysia yang sentiasa setia menyambut kehadiran mereka.

Tiket bagi 29th Anniversary Symphony of Ungu kini boleh didapati melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM288 hingga RM1,588, bergantung kepada kategori tempat duduk.

Dengan gabungan orkestra yang menyentuh perasaan dan kekuatan lirik yang sudah sinonim dengan Ungu, konsert ini dijangka menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam perjalanan muzik mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 24 May 2023

David Teo Tiada Masalah Beri Peluang Pada Pengarah Baharu

David Teo beri peluang kepada pengarah baru

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Linda Rafar Punya Alasan Kukuh Kenapa Tak Nak Tunjuk Suami

Jadi kepada netizen diluar sana, kita doa yang baik-baik sahaja okay

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dengar tu, Ruhainies masih single ya!

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Altimet Lega Aplikasi Recite Kini Terima 57,000 Pengguna, Alhamdulillah!

Besar harapan saya untuk membangunkan aplikasi agar lebih maju di masa hadapan. Jika berjaya dan pulangannya besar, saya berniat untuk bawa sekampung mengerjakan Umrah

Events Fri, 8 Feb 2019

#WinWithXtra: Enjoy a Day Filled with Joy at The Skytropolis Funland in Genting

It will be a fun getaway with family and friends regardless of age!

Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Fri, 7 Feb 2025

Nurul Shuhada Kongsi Keadaan Terkini Anak-Anak Di Australia – “Ada Yang Rindu Ke?”

Nurul Shuhada kongsi keadaan terkini anak-anak dalam keadaan sihat

error: Content is protected !!