Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2025 @ 11:45am

Isu Korban, Firdaus Wong Minta Thanuja Jalani Pemeriksaan Mental – “Kalau Bukan Hidap Dementia Mesti Simptom Kurang Kasih Sayang”

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, namun impak dari kenyataan pelakon dan model, Thanuja Ananthan berkenaan isu sembelihan haiwan korban masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, rata-rata warganet menganggap tindakan Thanuja itu hanya mahu mencipta kontroversi demi publisiti murahan.

Enggan berdiam diri dengan kenyataan yang diberikan Thanuja, pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil memberikan respons susulan kenyataan terbabit.

Katanya menerusi hantaran di Facebook, Thanuja seharusnya melakukan pemeriksaan kesihatan mental sebelum mengeluarkan kenyataan mempertikai sembelihan haiwan korban.

“Antara tanda awal seseorang menghidap dementia adalah terlupa perkara atau peristiwa yang baru terjadi, hilang jejak masa dan perubahan personaliti.

“Melihat kepada komentar dari Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya dan  menyarankan Thanuja Ananthan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental,” katanya.
Dalam pada itu, Firdaus juga mempersoalkan tentang hidangan ayam dan ikan salmon yang pernah dimakannya sebelum ini juga melalui proses sama.
“Mungkin Thanuja terlupa pernah berkongsi nasi beriyani ayam pada 2016. Ya la, dah hampir 10 tahun kot, atau saudari terlupa tentang hidangan ikan salmon pada Februari 2025?
“Atau bagi Thanuja, saudari makan ayam dan ikan tu bukannya dibela dan tak disembelih atau anda merasakan kalau anda yang buat tidak apa tetapi Muslim sembelih lembu atau kambing ketika Aidiladha itu tidak okay?,” soalnya.
Tidak habis disitu, Firdaus juga berkata,  jika aktres itu tidak menghidap dementia, dia sebenarnya menghidap simptom kurang kasih sayang (KSS) semata-mata mahukan perhatian.
“Atau sebenarnya saudari bukan menghidap simptom dementia tetapi simptom KKS iaitu Kurang Kasih Sayang lalu mendambakan perhatian? Bagaimana untuk mendapatkan perhatian?
“Bagi komentar yang mendedahkan kedangkalan pemikiran saudari,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

容祖儿回归大马舞台!321云顶云星剧场开唱

容祖儿再次回归云顶云星剧场开唱!于2020年3月21日火热登陆大马,演唱历年经典名曲,带领大家游走20年时光隧道。

Selebriti Wed, 14 Feb 2024
Events Fri, 27 Jul 2018

Jom! Meriahkan Karnival Jom Heboh Anda Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sabtu Ini

KJH memulakan siri jelajahnya pada 28 & 29 Julai bertempat di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Lagu Nora Dalam OST Filem Pulang Yang Korang Kena Tahu

Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

error: Content is protected !!