Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops July 27, 2018 @ 10:24am

Jom! Meriahkan Karnival Jom Heboh Anda Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sabtu Ini

Karnival Jom Heboh (KJH), antara acara padang terbesar TV3 yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton setia rangkaian televisyen Media Prima Berhad. Kali ini, KJH memulakan siri jelajahnya pada 28 & 29 Julai bertempat di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Bermula hari Sabtu, 28 Julai 2018, Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur turut dimeriahkan dengan lebih 20 gerai penaja yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Berwajah baharu untuk tahun 2018, dengan membawa konsep lebih meriah dan bertenaga. Menerusi karnival ini, para pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon serta personaliti terkenal yang turut terlibat dalam membintangi drama dan program-program yang bersiaran di TV3,TV9 dan ntv7.

Karnival Jom Heboh juga akan menampilkan booth-booth yang semestinya menjadi tarikan utama seperti Drama Sangat, Raudhah, Bananana!,Wow Bag serta Hijab & Heels.

Selebriti yang memeriahkan booth Drama Sangat adalah seperti Saharul Ridzuan, Izzue Islam, dan Zahirah Macwilson menerusi drama popular Jangan Benci Cintaku, Raja Afiq & Mimi Lana (Cinta Koko Coklat), Bell Ngasri (Iris: Shah & Zam), dan Riena Diana (Cinta Lemon Madu), dan tidak ketinggalan Chef Fikree (Aroma Tradisi) yang akan berkongsi resepi istimewa menerusi demo masakan. Wah…. Menariknya!

Sementara itu,  KJH kali ini turut  menawarkan perlawanan Street Soccer, 3 lawan 3 Kita Juara dan persembahan Freestyler Kita Juara yang akan digamatkan oleh hos Faiz Tapaw dan Duta Kita Juara (Hairuddin Omar). Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai untuk  pertandingan ini. Wow!

Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular seperti Zul Huzaimy, Noh Salleh, Kita Punya Cerita, Syed Ali, Zoey Rahman, Izzue Islam, Chef Naem dan Nadya Shaheera, menjual pelbagai produk mereka.

Manakala, hujung minggu anda pula akan disajikan dengan Konsert Hot Kool Jam yang akan mempersembahkan bintang-bintang seperti Ruffedge, Floor 88, Misha Omar, Ameng dan Kugiran Masdo. Manakala pada malam Ahad, Konsert Jom Heboh menampilkan Khareez, Maisarah Ukulele, Black Hanifah, Dayang Nurfaizah, Altimet dan Hujan. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial kami di Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Jangan lupa #JomHeboh2018 di laman sosial anda! 

Jumpa anda di sana!

 

Ditulis Oleh  : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 22 May 2019

本地全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》!两大名厨加盟任导师

TV3首度推出全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》,并邀请两位「明星厨师」Datuk Chef Wan和Martin甄文达担任节目导师兼主持人,两大名厨难得同台较劲,势必引来外界高度期待!

Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

Hiburan Fri, 10 May 2024
Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔

Featured Sun, 27 Mar 2022

Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

2 tahun menanti, Akhirnya Aedy Ashraf berani meluahkan rasa cintanya kepada Amelia Henderson. Bersemutttt..!

Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Events Thu, 2 Jan 2020

「小巨肺」李佩玲与玛莎狂飙高音!嗨翻全场迎接新年

李佩玲和玛莎携手再登云顶云星剧场开唱!年仅19岁的两人不仅频频飙高音让歌迷听得过瘾,更是挑战多种语言和年代的歌曲,让全场嗨翻天迎接2020年。

Fab Foodies! Mon, 3 Sep 2018

4 Kebaikan Sayur Bayam Untuk Kesihatan

Ada yang tidak menggemari sayuran hijau kerana rupa atau rasa tetapi ada diantaranya mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Kandungan gizi bayam antara yang terbaik dan sesuai untuk tubuh badan . 

error: Content is protected !!