Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2025 @ 3:00pm

Pernah Lupa Diri Tatkala Nama Dikenali, Zynakal Bimbang Terpalit Kontroversi

Penyanyi, Zynakal tidak menafikan timbul rasa bimbang sekiranya dirinya dikaitkan dengan kontroversi berat seperti kes amang seksual yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Mengulas isu seorang selebriti lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun, Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, 27, berkata, dia mengambil perkara itu sebagai satu peringatan dan iktibar dalam kehidupan peribadi serta kerjaya seninya.

“Risau tu memang ada, sebab saya pun tahu saya bukan sempurna. Kadang-kadang kita buat sesuatu, sedar tapi tak fikir panjang. Kalau benda macam ni terjadi pada saya, mungkin itu ujian Tuhan untuk buka mata saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu popular Sakit ini mengakui pernah dalam fasa ‘lupa diri’ ketika namanya sedang meledak.

“Saya ada pengalaman yang buat saya rasa diri ni ada semua, tipu kalau kata tak pernah lupa diri. Akhirnya, kita ni manusia biasa. Kena tahu cara untuk hadapi semua tu,” katanya.

Zynnakal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Hype Republic berlangsung di St Giles Boulevard Hotel, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Zynnakal mengakui pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi lebih berhati-hati terutamanya dalam pergaulan.

“Saya tak anggap diri matang, tapi saya membesar. Circle saya makin kecil sekarang. Selepas apa yang jadi, saya beringat. Bila kita dah jatuh dulu, dan sekarang berada di atas semula, saya tak nak ulang rasa sakit tu. Memang tak seronok,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon popular dipercayai telah melakukan amang seksual terhadap seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor. Remaja terbabit dipercayai mengenali artis berkenaan ketika bekerja di sebuah kafe.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Dalam perkembangan lain, Zynakal bakal menggegarkan pentas Konsert Hype Republic yang dijadual berlangsung pada 13 Disember ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Antara barisan artis yang turut memeriahkan konsert itu termasuk Kmy Kmo, Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Bunga Isme, Zubir Khan, KOI dan seorang artis kejutan yang masih dirahsiakan pihak penganjur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Trending Mon, 23 Jun 2025

Haliza Maysuri Menang Saman! Bekas Pengedar Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Bawal Exclusive Atas Dakwaan Fitnah

Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive membayar ganti rugi sebanyak RM70,000.

Featured Thu, 10 Jul 2025

Rumah Dijadikan ‘Sarang’ Pelac*ran, Aliff Syukri & Isteri Spill Kisah Sebenar – “Dia Tuntut Nak Kahwin Dengan Papa”

Jelasnya, rumah persinggahan yang dulunya lengkap dengan peralatan dapur dan penghawa dingin kini sudah kosong.

Hiburan Tue, 15 Jul 2025

Yusuf Bahrin Buka Mulut Isu Rumah Tangga, Jawab Spekulasi ‘Unfollow’ Zizi Kirana

Yusof Bahrin perjelas memang tak saling mengikuti di media sosial

error: Content is protected !!