Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 7:55pm

“Saya Pernah Buat Cerita Poligami, Penyondol & Cinta… Dah Mual Dengan Isu Yang Sama” – Erma Fatima Beri Kelainan, ‘Keluarga Itu’ Tampilkan Kisah Nyata Sarat Pengajaran

“Saya dah pernah buat cerita poligami, penyondol, dan cinta. Dah letih, dah klise, dah bosan, dah muak. Dah mual dengan isu yang sama.”

Disebabkan itu kali ini, Erma Fatima sekali lagi beri kelainan dengan Keluarga Itu, sebuah naskhah yang bukan hanya mengisahkan pertelingkahan, tetapi menyelami luka yang tersembunyi di sebalik senyuman, membuatkan anda mempersoalkan realiti yang tenat.

Adakah darah lebih pekat daripada air? Adakah kejujuran lebih menyakitkan daripada dusta? Nantikan tayangan perdananya bermula 28 Februari 2025 ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Strim juga 24 jam lebih awal di Tonton atau aplikasi Tonton untuk merasai debarannya sebelum orang lain.

Keluarga Itu ibarat rumah yang dari luar tampak kukuh, tetapi di dalamnya ada dinding-dinding yang retak menanti masa untuk runtuh. Di sebalik senyuman yang dipamerkan, keluarga Iman (Datuk Rosyam Nor) dan Chempaka (Datin Seri Umie Aida) bergelut dengan kenyataan hidup yang jauh dari kesempurnaan. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, perlu membimbing empat anaknya iaitu Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Mitilda) yang membawa keresahan dan cabaran masing-masing.

Di sebalik ikatan darah, setiap seorang memikul cerita dan perjuangan tersendiri. Ansara, anak sulung dan usahawan berjaya, menyedari bahawa kejayaan tidak mampu menyelamatkan rumah tangganya apabila Camelia (Melissa Campbell), isterinya yang mualaf, berpaling darinya. Anwari pula sebagai anak kedua, dikuasai dengki hingga menjauh dari keluarga, buta terhadap kesetiaan isterinya, Husna (Izara Aishah) yang tetap bertahan meskipun diabaikan.

Dhamiah, yang melarikan diri demi kebebasan, akhirnya terperangkap dalam dunia yang lebih kejam diapit dengan trauma silamnya. Sementara itu, Dhini, si bongsu yang menghidap autisme dan tidak mengerti pergolakan keluarganya, hanya mampu bergantung pada Husna dan Dhamiah yang sentiasa setia di sisinya.

Di tengah badai rahsia dan ujian yang melanda, mampukah mereka kembali bersatu, atau segalanya sudah terlalu hancur untuk diperbaiki dalam Keluarga Itu?

Seiring dengan tajuknya, Keluarga Itu bukan sekadar paparan kehidupan, tetapi cerminan sebuah realiti yang semakin berakar dan perlu diambil pengajaran.

“Saya tidak mahu sekadar bercerita, tetapi membuka mata dan menyentak jiwa mereka yang menonton. Memang niat utama saya menghasilkan Keluarga Itu untuk memberi pengajaran bersama serta mempersiapkan diri menghadapi situasi sebegini.

“Saya percaya, anda tahu, anda baca, anda dengar tentangnya, tetapi sejauh mana anda benar-benar peduli? Kita melihat, tetapi kita memilih untuk menutup mata. Kita tahu, tetapi kita selesa dalam penafian. Hakikatnya, isu ini bukan sekadar kisah dalam skrip, ia nyata dan ia semakin parah,” kata Erma.

Dihidupkan oleh pelakon-pelakon berbakat besar, Keluarga Itu menggabungkan kehebatan Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Melissa Campbell, dan kemunculan semula Izara Aishah yang dinantikan ramai. Keserasian mereka membentuk nadi penceritaan yang bukan sahaja realistik, tetapi mampu mengundang emosi yang mendalam dalam setiap babak yang mengharukan.

Apa tunggu lagi? Nantikan sebuah kisah yang merentap jiwa, mencabar kepercayaan, dan mempersoalkan makna sebenar keluarga dalam Keluarga Itu yang bakal mengisi skrin anda hari ini dengan realiti yang pahit untuk ditelan tetapi benar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Tak apalah…kumbang bukan seekor. Ye tak?

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Featured Wed, 8 Sep 2021

Cara Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas RM300 Menerusi Prihatin Kasih Mulai September

Untuk makluman,  program PRIHATIN Kasih menerusi insentif PEMERKASA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad. Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 […]

Drama Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
error: Content is protected !!