Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2025 @ 8:54pm

Dakwa Asyik Ditindas, Rezza Shah Bongkar Sikap Bekas Pengurus? – “Suka Pegang, Payment Aku Pun Senyap!”

Penyanyi, Rezza Shah, 22, membuka mulut mengenai kemelut yang membelenggu kerjayanya apabila mendakwa bekas pengurusnya bersikap tidak profesional, gemar berhutang dan telah ‘menyentuhnya’ sesuka hati.

Bekas peserta program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) ini mendakwa bekas pengurusnya tidak melunaskan beberapa bayaran yang sepatutnya diterima olehnya.

“Ya, untuk sekarang memang tak ada lagi bekerjasama dengan pengurus sebelum ni. Susah bila bekerja dengan pengurus yang berhutang sana sini, tak profesional, selalu pegang‑pegang aku.

“Dia anggap aku ni macam anak dia padahal kau tu nak menggedik. Rasa diri kau tu perempuan padahal lelaki dah tua dan kau sendiri dah kotorkan artis sendiri.

“Sampai artis yang kena tagih hutang dari orang yang kau pinjam. Habis duit aku, payment aku pun senyap,” dakwanya menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), hari ini.

Rezza turut mendakwa wang perkongsian niaga ketika Ramadan lalu turut ‘lesap’, dipercayai diambil oleh pengurusnya.

“Sekarang takkanlah duit share partner bisnes masa bulan puasa haritu pun kau nak rembat? Dasyat, dasyat!” dakwanya lagi.

Rezza turut mendakwa dia memendam rasa hampir setahun sebelum nekad ‘membongkar’ isu itu kerana enggan terus ditindas oleh pihak tersebut.

“Aku cuba tahan diri… mental aku dah hampir setahun. Sebelum masuk pertandingan, aku selalu jadi ‘alat’ dan akhirnya aku juga yang nampak buruk.

“Aku ikhlas nak berkarya atas nama dan hati aku sendiri. Jadi, untuk jelaskan semua, sekarang aku fokus pada kerja dan hidup baru. Aku tak nak ditindas, aku ada prinsip,” dakwanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

Fazura seorang isteri yang baik kepada Fattah Amin, semoga perkahwinan mereka baik-baik saja

Hiburan Sat, 21 Mar 2026
Featured Fri, 3 Jan 2025
Trending Thu, 7 Dec 2017

Ibu Bawah Umur Sorok Bayi Dalam Kabinet

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur didapati melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci sebuah rumah di Kampung Bahagian Jaya. Menurut Supritendan Martin Koo yang merupakan […]

error: Content is protected !!