Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 23, 2018 @ 7:37am

Fasha Sandha Buka Mulut Tentang Kahwin

Makin lama makin sweet pula kami tengok pasangan ni. Hubungan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz bukan lagi rahsia. Umum sudah tahu mereka sudah menjalikan hubungan serius.

Selepas lebih dua tahun berstatus ibu tunggal, pelakon jelita itu nampaknya memberi bayangan dia seolah sudah bersedia bergelar isteri semula.

Mendedahkan status dirinya sebagai masih single tetapi sudah berpunya, Fasha memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Illagi terhadap hubungan ini.

“ Masih awal untuk kami bercerita, we just go with the flow ya. Doakan kami,” katanya.

Ibu kepada dua anak ini juga memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk terus mengenali hati budi Aidil dan juga keluarganya.

“Lain orang lain caranya, kami berkawan dulu,” katanya.

Fasha dan Aidil membuat kemunculan bersama di majlis pernikahan Datuk A. Aida dan Ariff Aziz di Hotel Dorsett Grand di sini, pada malam Sabtu.

Sebelum ini, Aidil mendedahkan dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga dan meminta semua peminat mendoakan pengakhiran terbaik buat mereka berdua. Insha Allah, semoga lancar semuanya buat Aidil dan Fasha Sandha!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Kena Kecam Hebat, Pegawai Akhbar KBS Undur Diri…

Numan berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Featured Thu, 19 Dec 2024

Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari

Perintah sambung reman itu dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

Hiburan Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Impian Hidup Mewah Jadi Pembakar Semangat, Zoey Rahman Teroka Dunia Pelaburan

Pelakon terkenal, Zoey Rahman mengakui impian untuk menikmati kehidupan mewah menjadi antara faktor utama yang mendorong dirinya untuk terus mencari peluang baharu dalam menjana pendapatan. Menurut Zoey usaha menambah sumber kewangan bukan hanya untuk kesenangan […]

error: Content is protected !!