Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2025 @ 11:41am

Noor Nabila Sedang Kenali ‘Jejaka Misteri’ – “Saya Selesa Dengan Apa Yang Berlaku Sekarang”

Kakak kepada seelbriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Noor Nabila tampil menjelaskan status hubungannya bersama bekas suami yang juga pelakon popular, Sharnaaz Ahmad.

Kata Nabila, gosip liar mengatakan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz adalah tidak betul.

Ini kerana, hubungannya bersama Sharnaaz hanyalah atas dasar tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

“Kami lebih selesa sebagai sahabat dan fokus utama kami adalah beri yang terbaik buat Jayden.

“Tidak pernah terlintas untuk kembali jalin hubungan lalu,” katanya kepada pemberita.

Tidak habis disitu, Nabila juga mengakui, dia kini sedang mengenali seseorang.

Bagaimanapun, identiti individu berkenaan dirahsiakan demi menjaga privasi kedua belah pihak.

“Ya, saya sedang dalam fasa mengenali seseorang.

“Tapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi kerana menjaga dan menghargai privasi hubungan.

“Dan, saya selesa dengan apa yang berlaku sekarang,” jelasnya.

Beri tumpuan pada perkara lebih penting dalam hidup

Mengulas lanjut, Nabila menjelaskan, apa yang penting baut masa sekarang adalah membesarkan anaknya dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang termasuklah memberi tumpuan pada perkara yang penting dalam hidupnya.

“Saya lebih memilih dan menghargai masa termasuk beri tumpuan pada perkara penting dalam hidup.

“Hidup ni bukan tentang tunjuk kekayaan, tetapi kepuasan dalam mencapai keseimbangan, kerjaya, keluarga dan kebahagiaan diri sendiri.

“Jika hubungan ini ke fasa yang lebih baik maka saya bersyukur, tapi buat masa sekarang, biarlah kami jalani hubungan ini dengan tennag tanpa perhatian.

“Kini saya juga lebih berhati-hati dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Sekadar info, sebelum ini Nabila pmendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 kemudian bercerai pada 22 Julai 2020.

Kemudian, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021 namun, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 29 September 2023.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Anak-anak akan membesar, jadi biarlah dapat luangkan masa bersama mereka.

Trending Tue, 13 Nov 2018

38 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Masih Sedondon Sampai Sekarang

Alahai, comelnya atuk & nenek ni. Ni baru betul-betul sehati sejiwa!

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Featured Thu, 7 May 2020
Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Featured Sat, 12 Aug 2023

“Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Pelakon jelita, Mimi Lana reda di atas dugaan yang menimpa hubungannya bersama pelakon, Syafiq Kyle apabila terpaksa membatalkan pernikahan mereka yang cuma berbaki satu minggu sahaja lagi. Mimi menerusi hantaran di Instagram miliknya seakan meluahkan […]

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

‘Asal Oesoel’ Naelofar…Terbaru Dari Lofa

Sentiasa memperkenalkan rekaan yang ‘out of the box’!

Fab Foodies! Tue, 30 Oct 2018

Khasiat Ginseng Yang Perlu Tahu

Ginseng adalah perkataan yang berasal dari bahasa Cina iaitu rénshēn  yang bermaksud ‘akar tumbuhan berbentuk manusia’ di mana sejenis tumbuhan herba

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Rahsia Awet Muda? Bukan Mineral Tapi Susu Segar

Patutlah kulit licin betul, susu segar rahsianya! Korang tak nak try? Mana tahu boleh nampak awet muda macam Mariah Carey.

error: Content is protected !!