Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 8:14pm

Rossa Tak Sabar Gegarkan KL dengan Konsert Here I Am, Hael Husaini & The Ladies Lengkapkan Senarai Artis Undangan!

Selepas kejayaan luar biasa di Jakarta dengan kehadiran lebih 12,000 peminat, penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal mengulangi magis konsert Here I Am di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini.

Konsert ini bukan sekadar pentas hiburan, tetapi simbol penghargaan Rossa buat peminat Malaysia yang telah menjadi sebahagian besar daripada perjalanan muziknya selama hampir tiga dekad.

“Malaysia sangat istimewa di hati saya. Di sinilah nama saya mula dikenali dan diterima ramai. Here I Am adalah hadiah peribadi saya untuk para peminat di sini,” ujar Rossa.

Di Jakarta, konsert berdurasi dua jam itu menyaksikan Rossa menyampaikan lebih 25 lagu ikonik termasuk Tegar, Hati Yang Kau Sakiti, Pudar dan Aku Bukan Untukmu. Untuk edisi Kuala Lumpur, Rossa menjanjikan malam yang lebih istimewa dengan kemunculan barisan bintang undangan yang menghangatkan pentas.

Hael Husaini akan turut serta menyumbangkan vokal istimewa bersama Rossa.

“Saya sangat kagum dengan jiwa dan rasa yang Hael bawa dalam setiap lagunya. Kolaborasi ini sememangnya sesuatu yang eksklusif untuk peminat Malaysia,” kata Rossa.

Turut memeriahkan malam ialah The Ladies, gabungan hebat alumni Indonesian Idol iaitu Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla yang bakal mempersembahkan kuasa vokal wanita Nusantara.

“Mereka bukan hanya menyanyi, tapi mewakili kekuatan, semangat dan cinta terhadap muzik,” tambah Rossa.

Malam itu turut dimeriahkan oleh bintang terkenal seperti Ariel Noah yang bakal tampil berduet dengan Rossa, Ernie Zakri, MK K-Clique serta DJ dan produser terkenal Dipha Barus. Menariknya, bakat baharu tempatan dari Top 4 One In A Million, Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen juga diberi ruang istimewa untuk berkongsi pentas, membuktikan muzik menyatukan generasi.

Dengan gabungan suara, emosi dan kisah persahabatan yang terjalin, konsert Here I Am di Kuala Lumpur dijangka menjadi satu malam yang penuh kenangan buat para pencinta muzik. Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama Sah Entertainment, konsert ini bakal menyatukan hati yang pernah disentuh oleh karya-karya Rossa sepanjang zaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Saya Tidak Sempurna’, Selepas Emma Maembong, Syed Abdullah Tampil Akui Kesilapan

Semua orang buat silap dalam kehidupan… maafkan mereka ok?

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Biar betul?? Jangan-jangan cinta sudah berputik ya?

Featured Thu, 5 May 2022
Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Trending Thu, 1 Mar 2018

Traditional Chinese Cough Medicine Becomes Top Seller in New York

Ang mohs seem to be obsessing over Asian things lately and the price for one bottle of this cough medicine is way too expensive!

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Chibbu kucing kakak Sophia Albarakbah ke pentas akhir Cat Fashion Week

error: Content is protected !!