Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 23, 2025 @ 2:56pm

Dapat Kutipan RM6 Juta, Filem Banduan Raih 3 Pencalonan Antarabangsa Di Anugerah IIFA

Filem aksi-thriller Banduan, adaptasi daripada karya Tamil terkenal Kaithi (2019), mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya mengutip RM6 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

Filem yang menampilkan Datuk Aaron Aziz sebagai teraju utama dan diarahkan oleh Kroll Azry itu turut meraih pengiktirafan antarabangsa, apabila Banduan menerima tiga pencalonan penting di acara berprestij Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (IIFA).

Karya terbitan Number Twenty One Media dan Dream Warrior Pictures itu meraih pencalonan Filem Antarabangsa Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Rosyam Nor).

Gabungan kutipan memberangsangkan dan pencalonan global ini mengukuhkan reputasi filem tersebut sebagai sebuah karya berkualiti yang menonjol melalui kekuatan adaptasi, mutu lakonan dan sentuhan penceritaan dari perspektif Malaysia.

Kalyana Devan dari Number Twenty One Media meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan pasukan produksi.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian Banduan, sama ada dari segi penerimaan penonton mahupun prestasi kutipan.

“Kejayaan ini lahir daripada komitmen seluruh tenaga kerja dan membuktikan cerita tempatan yang dibuat dengan penuh kesungguhan mampu mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, wakil Dream Warrior Pictures, Kathiravan, turut memberi penghargaan atas kejayaan tersebut.

“Pencalonan di IIFA untuk kategori Filem Antarabangsa Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ialah satu pengiktirafan besar untuk kerjasama antara Number Twenty One Media dan Dream Warrior Pictures. Ini bukti usaha kedua-dua pihak membuahkan hasil,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

Nur Nilam dakwa Azlan Komeng sulitkan proses cerai, enggan lepaskan isteri

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Fri, 6 Sep 2019

So What’s Gonna Happen to f(x) Now?

One by one, the Queens are leaving. So what should we expect from members of f(x) now?

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Pelawak Senior Indonesia Pesan Dadah Tiga Kali Sebulan!

Pengacara berusia 56 tahun itu ditahan pihak Polis pada 19 Julai 2019 selepas didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Featured Tue, 17 May 2022
Events Wed, 26 Sep 2018
error: Content is protected !!