Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 13, 2025 @ 4:09pm

Gabung Elemen Bangsawan & Silat Teaterikal, Teater Tun Fatimah Angkat Semangat Perjuangan Wanita Melayu

Naskhah epik Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka yang dipentaskan pada 13 Jun sehingga 15 Jun ini kembali mengangkat semangat perjuangan wanita Melayu di pentas berprestij Panggung Bangsawan Melaka.

Pementasan yang bukan sekadar persembahan seni malah menjadi simbol usaha berterusan dalam memartabatkan sejarah negara ini sekaligus memperkukuh warisan budaya serta menyemai semangat jati diri menerusi teater.

Menurut Pengarahnya, Lokman Ghani, pementasan teater Tun Fatimah bukan sekadar persembahan hiburan tetapi medium pendidikan dan penghayatan sejarah melalui seni budaya yang dekat dengan masyarakat.

“Tun Fatimah bukan sekadar tokoh legenda tetapi ikon wanita Melayu yang berani dan cekal.

“Kami gabungkan elemen bangsawan, silat teaterikal dan pendekatan moden agar kisah ini mampu difahami dan dihayati generasi masa kini,” katanya.

Tampil barisan pelakon hebat tanah air

Selain itu, teater ini mengangkat kisah benar dari sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang memfokuskan kepada figura Tun Fatimah  seorang srikandi agung yang mengharungi zaman penuh cabaran termasuk pengkhianatan, kehilangan keluarga serta dilema antara cinta dan tanggungjawab.

Teater arahan Lokman Ghani ini merupakan terbitan Boolan Trending dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM), menampilkan barisan pelakon tersohor tanah air seperti,  Neera Azizi memegang watak utama sebagai Tun Fatimah, manakala Ashraf Muslim membawakan peranan Sultan Mahmud Shah.

Manakala,  Aziz M. Osman dan Radhi Khalid tampil memegang watak sebagai penasihat istana, golongan bangsawan serta antagonis penting dalam naratif epik Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka.

Penonton juga akan disajikan dengan persembahan silat tempur oleh juara dunia, Al Jufferi Jamari yang membuat penampilan istimewa dalam pementasan berkenaan.

Teater ini turut mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka (JKKN Melaka) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Ehemmm…Sharifah Sakinah Perli Janna Nick Di Instagram Ke Tu?

Majoriti pengikut Instagram Sakinah percaya bahawa dia hanyar sekadar bergurau dan bukan ‘memerli’. Umum tahu, adik kepada pelawak Sharifah Shahirah ini memang kelakar orangnya.

Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

BTS sings OST For Japanese Remake Of ‘Signal’!

BTS is back with an OST for the Japanese remake of ‘Signal’!

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Debaran Kini Bermula, Siapa Bintang Paling Popular 2018?

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital termasuk menerusi laman web dan mobile serta media sosial.

Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanie💋👶🏻🤍♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

Events Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Alicia Amin Tak Suka Pakai Bra?

Gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya itu sekaligus mencuri perhatian netizen apabila baju yang dikenakan oleh Alicia seakan-akan menunjukkan bahagian n****s beliau???

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

Datin Shahida mohon maaf secara terbuka tiada maksud gelar Amira Othman isteri Fattah Amin

error: Content is protected !!