Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 14, 2025 @ 6:08pm

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Peminat muzik disko, bersiap sedia! Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025, Zepp Kuala Lumpur akan berubah menjadi pentas yang penuh warna, nostalgia dan falsetto ikonik menerusi persembahan istimewa Saturday Night Celebrating Bee Gees.

Dibawakan oleh Milestone Production, konsert ini bakal menghidupkan semula magis kumpulan legenda Bee Gees yang pernah merangkul lima Anugerah Grammy. Penonton bakal dihiburkan dengan deretan lagu abadi dari era keemasan mereka daripada balada penuh emosi seperti Massachusetts dan To Love Somebody, hinggalah ke lagu disko yang membara seperti Stayin’ Alive, Jive Talkin’ dan Night Fever.

Menggalas tanggungjawab besar membawa semula aura Bee Gees ke pentas ialah kumpulan Saturday Night Bee Gees dari UK. Dianggotai oleh enam pemuzik berbakat, mereka terkenal dengan persembahan yang cukup autentik dan menghidupkan semula semangat adik-beradik Gibb dengan penuh tenaga dan ketepatan yang menakjubkan.

Konsert ini menjanjikan malam penuh kegembiraan dan nostalgia dengan rangkaian hits seperti How Deep Is Your Love, You Win Again, Tragedy dan banyak lagi. Suasana dijangka meriah dengan para peminat menari mengikut rentak disko yang pernah menguasai dunia.

Tiket kini sudah mula dijual bermula dari RM198 (Kategori C) hingga RM638 (Premium). Jangan lepaskan peluang untuk kembali ke zaman kegemilangan disko bersama Saturday Night Celebrating Bee Gees! Untuk info lanjut, layari www.milestoneentertainment.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Pernikahan Kali ke-2 Saerah Belum Sedia Kongsi Tarikh

“Tarikh itu biarlah rahsia,” demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31.  Saerah yang belum bersedia […]

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Featured Wed, 7 Aug 2024

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Kadang memang perlu juga nak rancang ni, kena fikir banyak benda 🥺

Featured Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Sun, 19 May 2024
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

鹿晗「破格」新造型惊呆网友

出道近6年的前EXO成员鹿晗,造型多以简单、清新为主,总给人书生、暖男形象的他,4日晚间在微博晒出破格新发型,让网友看了惊呼“脏辫”。

Program TV Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!