Euforia Bola 2026
Featured By: Padin June 15, 2025 @ 1:20pm

Buka Pintu Rezeki, Cara Syasya Rizal Ikhlas Berhijrah Raih Perhatian

Penghijrahan penyanyi Syasya Rizal nyata mencuri perhatian ramai dan lebih manis, ia membuka pintu rezeki apabila dia dipilih sebagai duta rasmi jenama hijab yang semakin meningkat naik, Finura.

Jenama itu mengumumkan pelantikan bekas ahli kumpulan Dolla itu sebagai wajah rasmi jenama mereka, serentak dengan pelancaran koleksi sulung kolaborasi mereka bertajuk The First Bloom yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada 17 Jun ini menerusi siaran langsung di TikTok jam 9 malam.

Pengasasnya, Nurulain Md Yusof menyifatkan Syasya sebagai pilihan paling tepat untuk membawa jenama itu ke tahap lebih tinggi.

“Syarikat memang sedang mencari seorang duta, jadi satu hari saya terlihat video Syasya di TikTok yang mengenakan tudung bawal dan saya terus rasa dia sangat sesuai untuk menjadi duta kami.

“Jadi daripada situ saya rasa pemilihan Syasya sebagai duta adalah keputusan yang tepat dalam memberi impak positif buat kami,” katanya.

Menerusi kerjasama selama setahun, jenama tudung itu memberi kebebasan penuh kepada Syasya untuk terlibat dalam proses rekaan, daripada pemilihan warna hingga ke corak tudung.

@finura.official First Bloom is unfolding… She’s cute, classy and yes — She’s coming 👑 Teka siapa QUEEN kita? 🫧 #TheFirstBloom ♬ original sound – Finura Official

“Dalam satu tahun, jenama kami sememangnya sudah merancang untuk mengeluarkan dua koleksi baharu setiap bulan.

“Koleksi-koleksi itu kami beri kebebasan buat Syasya untuk pilih seperti warna dan corak yang dia inginkan.

“Kami berikan dia kebebasan supaya dia bebas meneroka keselesaan dalam memakai tudung dan buatkan perjalanan hijrahnya semakin baik,” ujarnya.

Nurulain turut berharap agar pelantikan Syasya tidak disalahertikan sebagai strategi semata-mata, sebaliknya menjadi motivasi buat wanita di luar sana.

“Harapan saya bukan sahaja untuk jenama ini, malah buat Syasya, saya mahu peminat melihat perubahan hijrah Syasya sebagai satu perkara positif bukan disebabkan dia berhijab dapat jadi duta.

“Syasya hijrah secara ikhlas tanpa paksaan mana-mana pihak, saya harap kehadiran dia dalam keluarga Finura dapat meningkatkan keyakinan Syasya dalam bertudung.

“Jenama kami hadir dalam pasaran untuk tingkatkan motivasi wanita bertudung iaitu dengan tampil cantik dan selesa di khalayak umum, cantik cara kita,” tambahnya.

Koleksi The First Bloom diinspirasikan daripada perjalanan hijrah Syasya yang mencerminkan kelembutan, kekuatan dan fasa pertumbuhan diri. Ia bukan sekadar himpunan tudung, tetapi simbolik kepada permulaan baru yang penuh makna.

Koleksi ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Finura serta di TikTok Shop. Jenama ini turut menawarkan penghantaran ke Singapura dan Brunei bagi pembelian secara dalam talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Aug 2025

Puteri Sarah Pilih Hidup Tenang, Tak Lagi Lantang Bersuara – “Dulu Saya Sendiri Perjuangkan Hak Wanita”

Katanya, isu lantang atau tidak, dia kini mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Featured Fri, 1 Oct 2021
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sibuk Jual Kek, Nadiyah Shahab Tangguh Bulan Madu

Hebat penangan kek Absolut Chocolat pasangan selebriti ini!

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Kang Daniel Slayed the Charts! And the Hearts of the Ladies!

Produce 101 Season 2 and Wanna One gem is finally making his long anticipated debut with “What Are You Up To”

Featured Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!