Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2024 @ 8:05pm

“Kalau Ada Terasa Hati, Cepat-Cepat Selawat…” – Watie Hanifiah Respons Individu Tanya Tips Kahwin Dengan Duda

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjawab persoalan individu yang meminta tips berumah tangga dengan lelaki yang kehilangan isteri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie berkata seorang wanita itu perlu mempunyai rasa kesabaran yang tinggi sekiranya memilih untuk berkahwin dengan duda.

“Kena tahu dulu apa yang kita pilih.. kalau itu dah pilihan kita, jadi kena banyakkan bersabar. Kalau ada benda terasa, cepat-cepat baca selawat.

“Nak terasa tu boleh tapi cepat-cepat pujuk hati dengan berkata ‘tak apalah semua pun Allah punya’. Dia boleh bagi dan dia boleh ambil,” katanya.

Menganggap semua perkara hanya pinjaman Allah SWT, Watie berpesan agar setiap manusia perlu berfikiran baik terutamanya dalam sebuah perkahwinan.

“Cakap dalam diri, tak apalah dunia hanya pinjaman. Hidup, hati dan perasaan manusia ni Allah yang punya, jadi tetap tak ada apa yang tinggal.

“Kalau kita berfikiran baik, Insya-Allah ganjaran yang baik juga Allah beri. Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah lepastu apa yang kita dapat?

“Mood tak gembira, hari-hari nak lalui pun kita tak akan rasa bahagia,” katanya lagi.

Sementara itu, Watie turut sempat memberi pesanan agar seorang isteri itu sentiasa menzahirkan kata-kata doa kepada suami dan anak-anak agar kasih sayang antara mereka sentiasa utuh.

“Yang penting, kita yang kena selalu doa, minta kat Allah semoga Allah beri rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak untuk kita dan begitu juga kita pada mereka,” tulisnya.

Watie Hanifiah

Sebelum ini, Watie mendedahkan Shuib menambah jumlah nafkah bulanan kepadanya yang dipercayai terkesan ekoran konflik perkahwinan bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Artikel Berkaitan: “Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Sat, 9 Feb 2019
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Nuha Bahrin Kembali Dengan ‘Malam-Malam’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ezra Kong

Nuha Bahrin tampil dengan single terbaharu berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Ezra Kong.

Featured Wed, 11 Sep 2024

Perkongsian Kakak Abang Bas Undang Sebak, Dedah Ibu Luah Rasa Rindu – “Biar Seluruh Dunia Menghinanya”

Alahai, kalau kes macam ni ahli keluarga lah yang laing sedih terutamnya Ibu😥

Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Selatan Thailand perlu segera daftar pernikahan di Malaysia.

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

error: Content is protected !!