Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 15, 2025 @ 2:28pm

Abang-Abang Harley Pun Jiwa Penyayang… HOGKL “Ride” Demi Misi Gembirakan Anak Yatim, Bawa Tonton Filem Ejen Ali The Movie 2

Siapa kata geng Harley cuma tahu gegarkan jalan dengan bunyi enjin mereka? Sempena tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), Harley Owners Group Kuala Lumpur Route 77 (HOGKL) buktikan mereka juga ada sisi berbeza.

Dengan gaya penuh karisma, 10 penunggang Harley-Davidson telah berkonvoi dari HDKL Route 77 di Jalan Ampang ke GSC Mid Valley Megamall untuk membawa 50 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni sama-sama tonton filem animasi tempatan yang kini hangat ditayangkan di pawagam.

Ejen Ali The Movie 2 bukan sekadar untuk kanak-kanak. Abang-abang Harley berjaket kulit pun boleh tersandar sebab syok sangat!

“Kita ni nampak je ganas, tapi cerita kartun pun kita layan! Ingat rider Harley tak tengok kartun ke? Kitaorang pun excited sangat nak tengok. Mula-mula ingat cerita budak-budak je… sekali tengok, terus tercenggang. Kalau nak cari salah dalam filem ni, memang tak jumpa. Perfect!” kata Mohamad Wira selaku Presiden HOGKL.

Anak-anak jelas terhibur, dan ahli HOGKL sendiri akui Ejen Ali The Movie 2 memang padu dengan sound effect yang mantap, mesej positif serta animasi yang luar biasa. Ringkasnya, ini memang filem untuk semua. Dari anak kecil sampai abang-abang naik Harley pun boleh layan habis!

Apa yang paling penting, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) HOGKL dalam usaha menyebarkan senyuman dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Misi masih aktif, unlock fasa seterusnya dan terus sokong Ejen Ali the Movie 2 di pawagam sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

Featured Sat, 26 Mar 2022
Hiburan Fri, 10 Nov 2023
Selebriti Mon, 5 Feb 2018

DUET DENGAN WANITA LAIN? TAJUL PERLU MASA ‘EXTRA’

  Bakal tampil dengan single terbaru bersama Wany Hasrita, penyanyi Tajul akui dirinya lebih selesa berduet dengan wanita itu berbanding penyanyi wanita lain. Katanya, keserasian wujud tanpa mengambil masa yang lama jika duet bersama Wany […]

Featured Mon, 5 Aug 2024

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Memang satu konsert yang mantap dari Dolla! Fly high Dolla

Trending Wed, 19 Dec 2018

Sajat Kena Denda?

Semoga Sajat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku

error: Content is protected !!