Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2025 @ 1:27pm

Jadi Ratu Hati Peminat Muzik Nusantara, Konsert Rossa ‘Here I Am’ Sarat Emosi & Kejutan!

Malam Sabtu lalu, Axiata Arena bukan sekadar menjadi lokasi konsert, tetapi berubah menjadi medan penuh cinta, air mata dan keajaiban suara apabila Datuk Seri Rossa membuktikan sekali lagi mengapa dia masih ratu hati jutaan peminat di Nusantara.

Dari saat tirai dibuka hingga lagu penutup terakhir, aura Rossa tidak pernah pudar malah semakin bersinar, membakar semangat penonton dengan persembahan berskala mega yang penuh jiwa berlangsung selama tiga jam itu.

Menyarung pelbagai busana glamor hasil sentuhan pereka tempatan dan antarabangsa, bintang tersohor dari seberang ini tampil penuh gaya dan pesona diva menyampaikan lebih 30 lagu yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda letih meskipun usia mencecah 47 tahun.

Tidak sekadar tampil solo, Rossa turut membariskan nama-nama besar dan bakat-bakat baharu dalam satu malam yang padat dengan kejutan.

Kemunculan Ariel Noah menghangatkan pentas apabila mereka berduet lagu Nada-Nada Cinta yang membuatkan seluruh penonton lebih 10,000 yang hadir tenggelam dalam emosi.

Turut menyinari pentas adalah Ernie Zakri, yang tampil membawakan Hijrah Cinta dengan kawalan vokal menggetarkan jiwa.

Gandingan Rossa dan Ernie menerusi mashup lagu Masing-Masing dan Aku Bukan Untukmu bagaikan pertemuan dua diva berbeza benua meledak!

Tribute Istimewa Buat Siti Nurhaliza

Salah satu momen paling menyentuh hati adalah segmen khas buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dimana Rossa menyampaikan lagu-lagu ikonik milik Siti termasuk Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa.

Namun yang paling menggamit jiwa saat Siti bangun dari tempat duduk dan menyertai Rossa menyanyikan Percayalah secara spontan.

Detik manis ini bukan sahaja mengharukan Rossa, malah menjadi highlight buat seluruh penonton.

MK, Hael & Finalis One In A Million ‘Panaskan’ Lagi Suasana

Konsert ini juga menyaksikan kemunculan tiga finalis Calpis Soda One In A Million iaitu Marygrace, Kai Deva dan Zazzleen yang diberi ruang menyerlahkan bakat menyanyikan lagu-lagu popular Rossa.

MK K-Clique pula ‘menambah rasa’ apabila muncul menghangatkan pentas, sementara Hael Husaini tampil dengan duet istimewa lagu Meriah Lain Macam atas permintaan khas daripada Rossa sendiri selepas lagu itu meletup di TikTok sepanjang musim raya.

Penutup Yang Penuh Cinta

Rangkaian lagu-lagu malar segar seperti Tegar, Ayat-Ayat Cinta dan Pudar membuat penonton terbuai emosi mengenang masa lalu mereka.

Konsert ditutup kemas dengan rangkaian lagu rancak Rossa seperti Sakura, Pudar dan Hey Ladies.

Konsert Here I Am bukan sekadar persembahan muzik ia adalah satu pengalaman emosional, visual dan vokal yang menunjukkan kenapa Rossa masih kekal relevan, bahkan terus bersinar sebagai bintang Asia Tenggara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu.

Selebriti Wed, 6 Sep 2023

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Alhamdulillah Tahniah! Semoga dipermudah urusan bersalin Izara 🫶

Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

Selebriti Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 25 Jun 2021

Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon

Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP […]

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Nubhan Tetap Mahu Isteri Hadir Ke Pelancaran MV Selamat Jalan, Cinta!

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berjanji akan setia menemani isterinya ketika melahirkan anak kedua mereka nanti.

error: Content is protected !!