Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 17, 2025 @ 12:15pm

Naim Daniel Mengaku Tak Bersalah Amang S*ksual Remaja 17 Tahun… Pasport Diserah Kepada Mahkamah, Diikat Jamin RM12,000

Penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Mei lalu.

Naim, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Berdasarkan pertuduhan kes, pelantun lagu Sumpah itu didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun tujuh bulan, di sebuah hotel sekitar jam 8.56 malam pada 19 Mei lalu.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin mencadangkan agar tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM15,000 bersama seorang penjamin, selain beberapa syarat tambahan.

Semasa prosiding berlangsung, Naim diwakili dua peguam, Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Hakim membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, termasuk mengikuti setiap syarat yang telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Kes ini akan disebut semula pada 18 Ogos depan.

Terdahulu, media melaporkan penyanyi itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan terbabit di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Mangsa dipercayai mengenali artis itu sejak tiga bulan lalu ketika bekerja di sebuah kafe, sebelum mereka dikatakan beberapa kali bertemu selepas perkenalan tersebut.

Menurut Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, siasatan awal menunjukkan wujud beberapa pertemuan antara mereka sebelum kejadian didakwa berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Malaysia Duduki Tempat Ketiga Kunjungan Paling Ramai Di Asia

Bagaimana pula dengan destinasi pilihan korang?

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Awie Janggal Pertama Kali Berimej Botak

Alhamdulillah… seronok dengar pengalaman idola kesayangan ramai ni.

Events Thu, 27 Jun 2019

《财神2020》汇集马新港台演员!陈立谦自爆被骗?

鼠年贺岁电影《财神2020》汇集马新港台演员,八月正式开拍!陈立谦不满,记者会上自爆被骗当导演?

Trending Mon, 9 Apr 2018

Niat Beli Jentolak ‘Lebur’, Peniaga Hilang RM 62,000

Pada mulanya mangsa yang berusia 48 tahun itu telah memasukkan RM 1000 sebagai tanda setuju.

error: Content is protected !!