Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2025 @ 1:50pm

Sufi Rashid Pertama Kali Anjurkan Konsert Artis K-Pop, Bawa Daesung Big Bang Untuk Gegar Singapura Menerusi D’s Wave 2025 Asia Tour!

Penyanyi Sufi Rashid mencipta sejarah tersendiri apabila syarikatnya, SAH Entertainment buat pertama kali menganjurkan konsert artis K-pop!

Menurut Sufi yang merupakan Pengarah Urusan SAH Entertainment, mereka akan membawakan Daesung, anggota kumpulan ikonik Big Bang ke Singapura menerusi konsert D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore yang dijadual berlangsung pada 2 Ogos ini di Arena @ Expo, jam 8 malam.

Bagi Sufi, ini bukan sekadar projek konsert biasa, sebaliknya satu langkah besar dalam perjalanan baharu syarikatnya dalam dunia hiburan antarabangsa.

“Ini konsert artis K-pop pertama yang kita buat, lagi pula siapa tidak kenal Daesung yang juga salah seorang ahli kumpulan Big Bang.

“Jadi tidak salah untuk kami mencuba anjurkan artis K-pop dan mungkin buat perancangan masa depan akan ada lebih banyak lagi insya-Allah,” jelas Sufi.

Menariknya, Sufi turut menekankan bahawa pihaknya menawarkan harga tiket yang berpatutan dan turut menyediakan sesi eksklusif Meet and Greet bersama Daesung buat para peminat.

“Untuk konsert Daesung kali ini pihak penganjur bersetuju untuk memberikan harga yang berpatutan buat peminat-peminat yang dah lama nak saksikan penyanyi itu depan mata mereka.

“Istimewanya kali ini, bukan sahaja pada harga tiket malah kami ada menyediakan faedah seperti sesi Meet And Greet bersama Daesung,” katanya.

Sebagai peminat muzik dan juga penggiat seni sendiri, Sufi berharap konsert ini bakal memberikan impak bermakna kepada peminat yang hadir.

“Saya cuma berharap peminat-peminat yang hadir nanti bergembira dan berseronok sahaja ketika menyaksikan Daesung menyanyi dan hiburkan mereka.

“Saya juga yakin konsert itu nanti akan berikan mereka satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujar Sufi.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara penyanyi berkenaan, dan Daesung dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popularnya yang pasti menggegarkan pentas.

Tiket D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore akan mula dijual pada 23 Jun ini menerusi SISTIC, dengan harga bermula dari SGD208 (Platinum), SGD238 (Diamond) dan SGD288 (VIP) melalui laman web https://www.sistic.com.sg/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

Cahaya Mata Thu, 29 Dec 2022

Luangkan Masa Bersama Keluarga, Elyana Ajar Anak Naik Public Transport

Penyanyi Elyana dan suami, Khairul Anuar Husin membawa anak-anak mereka, Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani bersiar-siar di sekitar Kuala lumpur dengan menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).   View this post on Instagram […]

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

Fizikal Badan Jadi Perhatian, Remy Ishak Akui Kamal Adli Dah Berubah 

Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Ganti Berlian Harga RM80,000, Dato Vida Diarah Minta Maaf

Usahawan kosmetik itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada media dalam sebuah sidang media khas sebelum 17 Julai 2019 dengan permohonan maaf spesifik dalam sidang media tersebut.

error: Content is protected !!