Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 1:35pm

Ameerais, Mariam OIAM Berpadu Suara Dalam ‘Puaskah’

Buat julung kalinya dua bintang dari latar berbeza, Ameerais (Forteen) dan Mariam (Top 5 Calpis Soda One in a Million) bergabung dalam sebuah lagu duet berjudul ‘Puaskah’, ciptaan Iqie Hugh dan Shazriq di bawah label Alternate Records & Talents.

Lagu berkonsepkan balada pop ini menampilkan naratif menyentuh jiwa selain menyelami kisah dua individu yang terperangkap antara janji silam dan realiti pahit yang perlu diterima.

Disusun dengan melodi yang mudah diingati, ‘Puaskah’ hadir sebagai karya yang bukan sahaja sesuai untuk pasaran terkini tetapi juga mampu menyentuh pendengar yang menghargai muzik beremosi dan mendalam.

Menurut Ameerais, kolaborasi ini bukan sahaja menjadi lebih bermakna kerana sikap Mariam yang humble dan komited tetapi dia juga menyifatkan penyanyi itu sebagai rakan kerja yang menyenangkan.

“Dia rakan duet yang sangat mudah untuk bekerjasama dan penuh semangat,” katanya.

Manakala, Mariam pula menyifatkan lagu ini lebih daripada sekadar lagu duet biasa.

“Lagu ini perlukan dua perspektif yang berbeza tetapi saling melengkapi.

“Dan Ameerais adalah pilihan yang tepat untuk itu,” tambahnya.

Proses rakaman selesai dalam masa 4 jam

Keunikan ‘Puaskah’ terserlah menerusi gaya penyampaian liriknya yang berbentuk dialog, pertanyaan, kekecewaan dan harapan yang tidak terungkap antara dua insan yang pernah menyayangi.

Proses rakaman diselesaikan dalam tempoh empat jam secara lancar dan teratur.

Ini kerana, komposer memberi ruang kepada kedua-dua penyanyi untuk mengekspresikan karakter vokal masing-masing secara jujur dan menjadikan hasil akhir lebih peribadi.

“Mereka tekankan karakter, bukan sekadar vokal teknikal.

“Itu yang buat lagu ini rasa sangat dekat di hati,” jelas Ameerais.

Lebih daripada kisah cinta yang gagal, ‘Puaskah’ menyentuh isu pengkhianatan, penyesalan dan akhirnya penerimaan takdir, menjadikannya ia sebuah lagu yang relevan kepada sesiapa sahaja yang pernah mencintai dan disakiti.

Single Puaskah kini boleh didengari di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Lagu ini juga telah dipilih sebagai runut bunyi rasmi drama slot Akasia TV3, Bukan Ipar Sempurna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Siti Muat Naik Teaser ‘Comel Pipi Merah’

kepulangan SITI ke kediaman daripada Hospital Gleneagles semalam petanda ibu kepada bayi yang digelar ‘Fatimah Az-Zahra’ ini sudah sihat dan pulih malah akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti kebiasaannya wanita lain bersalin.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Ben Amir Buktikan Dia Pelakon Versatil

Romantik boleh, seram boleh…apa lagi?

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

DOLLA & Tobii Bersatu, Lagu ‘Bad Girls Like You’ Diberi Sentuhan Unik

DOLLA teruja bekerjasama dengan Tobii bawa lagu Bad Girls Like You

Trending Fri, 20 Sep 2019
Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Hiburan Tue, 8 May 2018

Ramai Artis Malaysia Terlibat Isu Dadah, Zarina Anjoulie Lantang Bersuara!

Zarina Anjoulie disifatkan sebagai seorang yang sangat berani dalam menyuarakan pendapat beliau.

error: Content is protected !!