Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2025 @ 1:12pm

“Abang Long Paling Sweet, Lain Hari Lain Bunga Katanya” – Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman meluahkan rasa terharu terhadap pelakon, Fattah Amin yang memberikannya sejambak bunga ketika terlantar di hospital.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Amira memuat naik foto memaparkan jambangan bunga baharu yang dikirim oleh Fattah dan pengurusnya, Sakirin Aca.

Di ruangan kapsyen, Amira berkata aktor drama rantaian popular Keluarga Itu itu mahu mengirimkan bunga berbeza kepadanya setiap hari.

“Thank you Balong (Abang Long). Balong korang is the sweetest. Lain hari, lain bunga katanya,” tulis Amira.

Sementara itu, pelantun lagu Dalam Sujudku ini turut memohon maaf tidak dapat menjawab mereka yang menghubunginya kerana tekanan darahnya rendah selepas dijangkiti keracunan makanan.

“Penuh call dan WhatsApp. Saya ada masa tak boleh tengok telefon sebab pening yang sangat dasyat mungkin sebab hari-hari darah rendah. Tadi pagi 67/40 saja.

“Saya minta maaf semua kalau saya tak angkat itu saya sedang berjuang dengan sakit kepala ni,” katanya.

Sebelum ini, Fattah mencuri tumpuan selepas semakin terbuka berkongsi kemesraan hubungan mereka kepada khayalak umum.

Meskipun sehingga kini masih tidak mendedahkan status sebenar hubungan mereka, namun namun ramai mendakwa Fattah dan Amira sedang menyulam cinta.

Artikel Berkaitan: Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Artikel Berkaitan: Beri Sejambak Bunga, Fattah Amin Semakin Terbuka Papar Hubungan Mesra Dengan Amira Othman… – “Hint Ke Ni? Faham”

Artikel Berkaitan: Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman Cantik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Events Mon, 4 Apr 2022

Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

perbicaraan akan berlangsung selama 3 hari secara atas talian

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

Trending Thu, 10 Jun 2021

Lepasan SPM 2020 Diminta Kemas Kini UPUOnline Bermula 15 Jun Ini

Calon SPM2020 jangan ketinggalan untuk update UPUonline okay!

error: Content is protected !!