Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2025 @ 3:51pm

“Tak Pernah Tarik Balik Permohonan Cerai” – Peguam Nafi Dakwaan Fikry Ibrahim

Peguam syarie kepada isteri pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menafikan dakwaan anak guamnya menarik semula permohonan cerai seperti yang didakwa aktor itu dalam program hiburan Melodi yang disiarkan malam tadi.

Menurut peguam Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, jika benar permohonan cerai itu ditarik semula seperti didakwa, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak akan menetapkan sebarang tarikh lanjutan prosiding seperti yang berlaku semalam.

“Mahkamah hanya akan beri tarikh baharu jika permohonan masih berjalan. Kalau kes dah ditarik balik, tak perlu lagi sebarang tarikh lanjutan. Tetapi semalam kami mohon tarikh baharu kerana menunggu pendirian daripada pihak plaintif, iaitu Fikry sendiri.

“Maknanya, permohonan tidak pernah ditarik balik seperti yang didakwa. Laporan media sebelum ini juga adalah tepat dan saya takkan keluarkan kenyataan yang bercanggah,” katanya.

Sebelum ini, Fikry dalam temubual bersama Ain Edruce ketika mengendalikan rancangan Melodi mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir ke mahkamah bagi menarik balik kes tuntutan cerai yang difailkan bulan lalu.

Dalam nada tenang, Fikry turut menyatakan dia masih menyayangi isterinya dan berharap dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Bagaimanapun, difahamkan Siti Khalizah telah memfailkan perceraian terhadap Fikry pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman, meskipun pasangan itu baru melayari bahtera rumah tangga selama empat bulan.

Wan Muhammad Afiq yang mewakili Siti Khalizah mengesahkan permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan masih belum ditarik semula seperti yang digambarkan oleh Fikry.

Artikel Berkaitan: “Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Artikel Berkaitan: Tiada Konflik Rumah Tangga, Fikry Ibrahim Perjelas Isteri Hadir Mahkamah Untuk Tarik Semula Kes

Artikel Berkaitan: Belanja Foto Berpegangan Tangan, Hubungan Fikry Ibrahim & Isteri Kembali Baik?

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

familuv Sat, 22 Oct 2022

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet. @noornabila00 Celah helmet pun boleh […]

Featured Tue, 30 Aug 2022
Events Fri, 12 Jan 2018

HERE’S THE COMPLETE LIST OF WINNERS FROM GOLDEN DISK AWARDS 2018

Golden Disk Awards 2018 is here again for a whole new year, and we have the complete list of winners! Let us check out who are the winners for this year, shall we?

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Majlis Doa Selamat Buat Elyana Anjuran Kelab Peminat

Teman baik Elyana, Zuhairry Zainal memberitahu, ahli kelab sebulat suara ingin mengadakan majlis tersebut sejurus mendapat tahu Elyana sedang bertarung melawan penyakit itu sejak tujuh tahun lalu

Hiburan Thu, 25 May 2023

Meer Nash Cipta ‘Permata’ Buat Peminat

Meer Nash Tampil Lagu Baru!

error: Content is protected !!